Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Umum MyBAIKHATI, Inisiatif Kumpul Dan Baik Pulih Peranti Untuk Disalurkan Kepada Keluarga B40

Kerajaan Umum MyBAIKHATI, Inisiatif Kumpul Dan Baik Pulih Peranti Untuk Disalurkan Kepada Keluarga B40

Diterbitkan Mac 18, 2021 · Dikemas kini Mac 18, 2021 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pengumuman Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) semalam telah mengumumkan kempen MyBAIKHATI.

Ia merupakan inisiatif dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengumpul dan membaik pulih alat peranti komunikasi terpakai untuk disalurkan kepada keluarga berpendapatan rendah (B40).

MyBAIKHATI

Kempen yang menggunakan konsep crowdsourcing ini akan melibatkan pengumpulan sumbangan alat peranti terpakai daripada syarikat perniagaan dan individu melalui cawangan-cawangan terpilih 6 syarikat telekomunikasi iaitu Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan TIME.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, kempen kutipan, baik pulih dan edaran alat peranti terpakai ini akan berlangsung selama 12 bulan. Ianya akan bermula di Lembah Klang sebagai lokasi tumpuan utama, sebelum dieprluaskan ke seluruh negara.

Setiap sumbangan alat peranti terpakai akan dikumpulkan dan dibaik pulih dengan kos sehingga RM500 oleh pihak syarikat telekomunikasi, sebelum disalur kepada penerima B40 yang layak di seluruh negara. Bagaimanapun, bagi alat peranti yang tidak dapat berfungsi akan dilupuskan dan dikitar semula melalui program e-waste.

Dengan itu, bagi pihak yang ingin memberi sumbangan alatan peranti terpakai boleh menyalurkannya melalui 6 syarikat telekomunikasi berkaitan.

Sumber: Menteri Komunikasi dan Multimedia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY