Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos

Kerajaan Umum Inisiatif e-Baucar Program Jualan Malaysia Bermula 30 Ogos

Diterbitkan Ogos 27, 2022 · Dikemas kini Ogos 27, 2022 oleh Amalina Athman

Pada hari ini, telah berlangsung Majlis Pelancaran Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (Retail Digitalisation Inisiative) (ReDI) Peringkat Kebangsaan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri di Dataran Kerayong, Bera, Pahang.

Menerusi pelancaran ReDI ini, kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM2 juta bagi inisiatif e-baucar Program Jualan Malaysia bermula 30 Ogos hingga 31 Dis 2022.

Dinyatakan, peruntukan yang disediakan adalah sebagai langkah bagi memastikan agenda digitalisasi khususnya penggunaan e-Dompet dalam kalangan para pengguna dan peniaga akan diperluaskan di kawasan luar bandar.

Untuk makluman juga, ReDI ini melibatkan kerjasama KPDNHEP bersama Kerajaan Negeri, rakan strategik seperti Bank Negara Malaysia (BNM), Paynet, ShopeePay, GrabPay, Maybank, Touch & Go, Boost dan 152 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara dengan menyasarkan 15,000 peniaga beralih ke platform digital menjelang tahun 2025.

Bermula 30 Ogos hingga 31 Dis 2022, e-baucar Program Jualan Malaysia ini boleh dimuat turun melalui aplikasi MySales Tracker di App Store atau Google Play Store.

Sumber: KPDNHEP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY