Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pasport Malaysia_wiser

Kerajaan Tangguh Pengeluaran Pasport Malaysia Versi Baharu

Diterbitkan Mei 26, 2026 ยท Dikemas kini Mei 26, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) hari ini memaklumkan pelaksanaan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang sebelum ini dijadualkan bermula 1 Jun 2026 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain yang akan diumumkan kemudian.

Menurut JIM, penjadualan semula itu dibuat bagi memastikan kelancaran penyampaian perkhidmatan serta pengalaman urusan rakyat terus berada pada tahap baik.

Dalam masa sama, pengguna masih boleh memperbaharui PMA sedia ada seperti biasa dan pasport yang masih berkuat kuasa kekal sah digunakan sehingga tamat tempoh.

JIM turut memaklumkan sebarang perkembangan lanjut berkaitan pelaksanaan PMA versi baharu akan diumumkan menerusi saluran rasmi jabatan itu dari semasa ke semasa.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata PMA versi baharu itu akan hadir dengan 94 ciri keselamatan berbanding 49 ciri pada pasport sedia ada.

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuk aspek hologram, cetakan ultraviolet (UV), elemen visual tersembunyi, ciri forensik khas yang lebih sukar dipalsukan serta benang jahitan buku dengan ciri keselamatan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • MyKad Versi Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan - Hologram, Kod QR, 'Guilloche'
  • Pasport Malaysia Versi Baharu Dilengkapi 94 Ciri Keselamatan - Dikeluarkan Mulai 1 Jun

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
©2026 WISER.MY