Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dm ig seen

3 Langkah Baca DM Instagram Tanpa Meninggalkan Label ‘Seen’ Yang Boleh Mengguriskan Hati Rakan Anda

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Media sosial adalah cara baharu manusia moden berkomunikasi. Akan tetapi, kerana cara komunikasi kini semakin mudah, ia juga telah menyusahkan kita kerana orang yang tidak dikenali juga kini boleh menghantar mesej.

Bagaimana jika anda tidak mempunyai ‘mood’ untuk bersosial tapi pada masa sama tidak mahu mengguris rakan anda dengan ‘Seen’? Perasaan curiga ini diselesaikan dengan mengehadkan atau ‘Restrict‘ akaun tersebut. Ini langkahnya:

  1. Jangan buka mesej tersebut.
  2. Di laman carian, buka profil akaun tersebut.
  3. Tekan pada 3 dot di kanan atas, tekan ‘Restrict‘ atau ‘Mengehadkan’.

Mesej dari akaun tersebut kini berada di ruangan ‘Request‘ atau ‘Permintaan’. Sekarang, anda boleh membacanya tanpa risau kerana ‘Dilihat’ atau ‘Seen’ tidak akan diperlihatkan walaupun sejuta kali mesej dibuka. Pemilik akaun tersebut juga tidak akan diberitahu jika anda telah mengenakan ‘Restrict’ pada akaunnya.

Selesai membaca, jangan pula lupa untuk ‘Unrestrict’ akaun tersebut, jika anda mahu. Ulang saja langkah sama iaitu buka profilnya, tekan 3 dot di atas dan tekan ‘Unrestrict‘. Mesejnya akan kembali berada di ruangan ‘All‘ dan ‘Seen’ juga kembali.

Baca juga:

  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
  • Inilah Foto Pertama Yang Dimuat Naik Ke Dalam Instagram 11 Tahun Dahulu
  • Ini Cara Nak Tahu Berapa Banyak Dah Habiskan Duit Di Shopee

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY