Kerajaan AS Mahu Pujuk Sekutu Untuk Berhenti Guna Produk Huawei

Kerajaan Amerika Syarikat(AS) baru-baru ini didakwa telah berusaha untuk memujuk negara-negara sekutunya untuk tidak lagi menggunakan sebarang peralatan atau produk yang dibekalkan oleh Huawei. Ia perlu dilakukakan atas alasan demi menjaga keselamatan.

Menurut laporan Wall Street Journal via The Verge, pihak Pentagon telah pun mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil dari negara seperti Itali, Jepun dan Jerman bagi menyuarakan pendirian mereka ini.

Malah, mereka juga dikatakan bersedia untuk menyalurkan bantuan kewangan bagi mana-mana negara sekutu yang bersetuju untuk berhenti menggunakan produk keluaran Huawei dan menggantikannya dengan produk-produk dari pembekal lain.

Kapsyen: Kredit: Times of Islamabad


Ini bukanlah kali pertama kerajaan Amerika bertindak sedemikian kepada Huawei. Sebelum ini, mereka telah menghalang  peniaga di kem-kem tentera untuk menjual telefon berjenama Huawei di kedai-kedai mereka.

Selain Huawei, sebuah lagi syarikat dari China iaitu ZTE juga pernah menerima penentangan yang sama dari kerajaan Amerika. Namun, sekatan bagi ZTE telah ditarik balik pada pertengahan tahun lalu.

Nampaknya, kerajaan Amerika Syarikat sangat memandang serius mengenai perkara ini. Diharapkan agar kedua-dua belah pihak dapat mencari penyelesaian terbaik sekaligus membawa keluar anasir politik dari industri teknologi terutamanya telefon pintar.

 

Sumber: Wall Street Journal via The Verge