Kini 2 lagi model akan diperkenalkan untuk pasaran China iaitu Redmi Note 11E 5G dan Redmi Note 11E Pro.
Dikatakan model ini dihasilkan kerana telefon yang menggunakan 4G tidak begitu mendapat sambutan di pasaran China memandangkan hanya Redmi Note 11 Pro Plus sahaja yang mempunyai sokongan 5G.
Mari kita lihat spesifikasi Redmi Note 11E 5G terlebih dahulu. Peranti ini dikuasakan dengan cip MediaTek Dimentsity 700 5G. Skrin berukuran 6.58 inci FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz.

Rekaan pada kamera model ini sedikit berbeza kerana ia menggunakan 2 sistem kamera sahaja iaitu 50Mp lensa utama dan 2MP lensa depth dan 5MP swafoto.
Bateri yang dimuatkan adalah 5000mAh dengan pengecasan 18W. Terdapat 2 varian iaitu 4GB+128GB yang dijual dengan harga 1,199 yuan (~RM796) dan 6GB+128GB pula dengan harga 1,299 yuan (~RM862).
Beralih pula ke Redmi Note 11E Pro. Menguasakannya adalah Snapdragon 695 5G. Skrin seluas 6.67 inci jenis AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Rekaan kamera masih sama dan dilengkapi dengan 3 lensa iaitu 108MP lensa utama, 8MP ultra lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.
Bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 67W. Hadir dengan 3 varian iaitu 6GB+128GB dengan harga 1,699 yuan (~RM1127), 8GB+128GB pula pada harga 1,899 yuan (~RM1260) dan 8GB+256GB dijual dengan harga 2,099 yuan (~RM1393).
Kedua-dua peranti ini akan dilancarkan pada esok, 4 Mac 2022 di pasaran China.
Sumber: Redmi Weibo
Baca juga:
- OPPO Reno7 Z Dilancarkan, Ada Ciri Pencahayaan Seperti Reno7 Pro
- realme 9 Versi Pro Tiba Di Malaysia - Sony IMX766, Harga Permulaan RM949
- Nothing Acah Untuk Umumkan Produk Baharu Mereka Bulan Ini
Berkaitan
- Produk Samsung Terkena Banjir? Anda Boleh Hantar Untuk Diperiksa Secara Percuma
- Black Shark 5 dan 5 Pro Akan Tiba Tidak Lama Lagi, Sokong Pengecasan Pantas 120W
- POCO M4 Pro Dan X4 Pro 5G Kini Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM899
- Redmi Note 11 Dan Redmi Watch 2 Akan Guna Skrin AMOLED
- Xiaomi 12X Dilancar Secara Global, Malangnya Tidak Dibawa Masuk Ke Malaysia
- Diskaun Sehingga RM800 untuk Promosi 'Back to Office' MSI
- Tak Seperti realme 9i, Versi Pro Dan Pro+ Disahkan Mempunyai Sokongan 5G
- OPPO Reno7 Z Dilancarkan, Ada Ciri Pencahayaan Seperti Reno7 Pro
- Apple Akan Perkenal Macbook Pro Mampu Milik Guna Cip M2 Tahun Ini
- 15 Mac Ini Mungkin Siri Xiaomi 12 Dilancar Buat Pasaran Global