Kenyataan Rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Mengenai Isu Steam

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Malaysia telah memberi kenyataan rasmi mengenai sekatan akses mereka kepada laman sesawang steampowered.com yang dikuatkuasa sejak semalam.

Mereka berkata pengendali platform itu akur dengan permintaan kerajaan bagi menghalang permainan "Fights Of Gods" dari dimuat turun oleh pengguna di Malaysia.

Sehubungan itu, tindakan sekatan laman sesawang steampowered.com akan ditarik balik.

Untuk kenyataan penuh, lihat di sini