Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini

Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini

Diterbitkan Mei 20, 2021 oleh Wiser MY

Komputer riba Microsoft Surface 4 yang diperkenal bulan April lalu kini sudah boleh di pra-tempah di Malaysia mulai 19 Mei 2021.

Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini
Surface Laptop 4

Seperti sedia maklum, Microsoft menawarkan pilihan cip Intel atau AMD untuk model terbaru ini. Pengguna boleh memilih versi tertentu mengikut bajet dan keperluan penggunaan.

Selain itu, Surface 4 juga dilengkapi RAM 8GB dengan storan 256GB dan boleh ditambah ke RAM 16GB serta storan 1TB. Ia juga boleh didapati dalam warna Alcantara (Platinum) atau kemasan logan (Hitam dan Platinum).

Harga bagi Microsoft Surface 4 ini berbeza mengikut saiz:

  • Surface 4 berukuran 13.5-inci bermula pada harga RM4,599-RM7,999.
  • Surface 4 berukuran 15-inci bermula pada harga RM5,999-RM8,299.

Baca juga – Dell XPS 13 Dilengkapi Paparan OLED Dan Lapisan Anti-Pantulan

Disamping itu, Microsoft turut memperkenal aksesori PC seperti Modern USB & Wireless Headset Microsoft, Modern USB-C Speaker Microsoft, dan Modern Webcam Microsoft.

Kepada yang berminat untuk dapatkan Surface Laptop 4 dan aksesori-aksesori PC terbaru oleh Microsoft ini, anda boleh membeli menerusi wakil penjual sah komersial dan peruncit sah.

Sumber: siaran akhbar Microsoft

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY