Kenali 10 Virus Komputer Paling Berbahaya Di Dunia

Awal bulan ini kita telah disajikan dengan berita-berita serangan virus WannaCry di serata dunia.

Virus yang "mengunci" segala data di dalam komputer dengan tujuan meminta wang tebusan ini telah tersebar ke lebih 150 buah negara.

Tetapi untuk pengetahuan kamu semua, WannaCry hanyalah salah satu virus yang berbahaya.

Kenapa?

Kerana, terdapat banyak lagi virus yang mungkin anda tidak pernah kenal mahupun dengar.

Berikut merupakan  10 virus perosak komputer yang pernah direkodkan sehingga tahun 2017.

1. Melissa




 

  • Dinamakan sempena nama penari 'eksotik' dari Florida

  • Dicipta oleh David Smith pada tahun 1999

  • Disebarkan melalui lampiran dalam emel, jika dibuka ia akan melumpuhkan sistem perlindungan di dalam Word 97 ataupun Word 2000.

  • Jika pengguna menggunakan emel Microsoft Outlook, ia akan dihantar kepada 50 pengguna lain.

  • Menyebabkan kerugian sehingga USD 80 juta.


2. iloveyou




 

  • Dikatakan sebagai salah satu virus paling berbahaya sehingga tahun 2017

  • Juga dikenali sebagai Love Bug atau Love Letter

  • Diprogram oleh 2 pengaturcara dari Filipina:

    • Reonel Ramones

    • Onel de Guzman



  • Menggunakan platform media sosial dengan "memancing" pengguna untuk menekan pautan berkenaan dengan isu cinta

  • Menyebabkan kerugian sehingga USD 10 juta.


3. Conficker




  • Juga dikenali sebagai Downup, Downadup, dan Kido

  • Mula ditemui pada November 2008 dan menyerang lebih dari 9 juta komputer

  • Menyasarkan komputer yang menjalankan sistem operasi  Microsoft Windows.

  • Memanipulasi kelemahan dalam perisian Windows OS dengan menyerang kamus kata laluan pentadbir untuk tujuan sebaran

  • Pada masa yang sama ia akan membentuk botnet (beberapa peranti yang disambung kepada internet)

  • Menyebabkan kerugian sehingga USD 9 juta.


4. Sasser




  • Ditemukan pada tahun 2004

  • Telah diprogram oleh seorang pelajara jurusan sains komputer, Sven Jaschan

  • Dikatakan berada dalam kedudukan ke-4 virus paling berbahaya

  • Menyerang dan memusnahkan berjuta infrastruktur dalam komputer


5. Zeus




  • Juga dikenali sebagai ZeuS atau Zbot

  • Merupakan perisian hasad Trojan Horse

  • Menyerang komputer yang menjalankan sistem operasi Windows

  • Menyebabkan kerugian sehingga USD 70 juta.

  • Dianggarkan 1 juta komputer terkena jangkitan


6. Code Red




  • Pertama kali disedari pada tahun 2001 oleh dua pekerja dari eEye Digital Security.

    • Marc Maiffret

    • Ryan Permeh



  • Dinamakan sebagai Code Red kerana ketika virus itu ditemui, dua pekerja berkenaan sedang minum  air "Code Red Mountain Dew".

  • Menyasarkan tempat-tempat tertentu seperti Rumah Putih.

  • Kerugian dianggarkan sebanyak USD 2 bilion


7. Mydoom




  • Turut dikenali sebagai W32.MyDoom@mm, Novarg, Mimail.R dan 'Shimgapi'

  • Mula tersebar pada tahun 2004

  • Pencipta virus ini masih tidak dapat dikenal pasti sehingga sekarang

  • Virus tersebut mengandungi mesej yang berbunyi " Andy; i'm just doing my job, nothing personal, sorry,"

  • Dianggarkan kerugian sebanyak USD 38.5 juta

  • Masih aktif dalam beberapa kes


8. Stuxnet




  • Dikatakan virus ini telah dicipta oleh kerajaan Amerika Syarikat dan pasukan pertahanan Israel.

  • Bercipta dengan untuk tujuan perang siber.

  • Virus berkenaan membantu dua kerajaan berkenaan mengesan sebarang serangan nuklear dari Iran.

  • Ia akan masuk ke dalam komputer, kesan sebarang tetapan untuk sistem nuklear.

  • Jika komputer itu tidak mempunyai sebarang  tetapan nuklear, virus ini akan merosakkan terus komputer tersebut.


9. Cryptolocker




  • Mula menyerang dari September 2013 hingga Mei 2014

  • Seperti kebanyakkan virus yang lain, ia menyerang sistem operasi Windows

  • Medium penyebaran utama virus ini adalah melalui emel

  • Kerugian disebabkan virus ini sekitar USD 20 juta


10. Flashback




  • Tidak begitu merosakkan seperti virus yang lain

  • Ditemukan pada 2011 dan disahkan oleh Kasperksy Lab

  • Menyerang komputer dengan sistem operasi Mac OS X

  • Lebih daripada 600,000 komputer Mac telah dijangkiti virus ini.


Jadi apa yang diperlukan untuk mengelak dari menjadi mangsa virus-virus ini?

  • Gunakan anti-virus

  • Jangan buka/tekan emel yang mencurigakan

  • Jangan buka/tekan pautan yang mencurigakan

  • Berhati-hati ketika melayari laman web