Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Vaksin Covid-19

Mungkin Akan Ada Suntikan Dos Ke-3 Vaksin COVID 19 Pada Masa Hadapan

Diterbitkan Julai 9, 2021 · Dikemas kini Julai 9, 2021 oleh ariff bukhari

Syarikat farmaseutikal Pfizer dari A.S yang membangunkan vaksin COVID-19 bersama firma dari German iaitu BioNTech SE dilaporkan akan meminta kebenaran dari pihak perundangan A.S untuk melaksanakan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 mereka.

Seperti semua sedia maklum, ketika ini suntikan vaksin COVID-19 yang dibangunkan Pfizer dan Biontech adalah diberikan sebanyak 2 dos suntikan.

Permintaan untuk memberikan suntikan dos ketiga vaksin COVID-19 oleh Pfizer itu dibuat selepas mereka mendapati berlaku penurunan keberkesanan keimunan aktif pada individu di israel yang telah disuntik dengan vaksin tersebut selepas enam bulan.

Oleh itu Pfizer percaya bahawa dos ketiga mungkin diperlukan dalam masa enam hingga 12 bulan selepas vaksinasi penuh diterima individu.

Selain itu, mereka menyatakan dos ketiga vaksin turut diperlukan bagi menangani varian Delta COVID-19 yang lebih merbahaya.

Sumber: The Guardian

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY