Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Terbaru Aplikasi OneDrive iOS Tambah Sokongan Untuk Fail Berformat GIF

Kemaskini Terbaru Aplikasi OneDrive iOS Tambah Sokongan Untuk Fail Berformat GIF

Diterbitkan Februari 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Nampaknya Microsoft memberikan perhatian yang lebih kepada aplikasi OneDrive untuk platform iOS dimana beberapa ciri dan penambahbaikan terkandung dalam kemaskini yang baru dikeluarkan. Kali terakhir kemaskini dikeluarkan untuk OneDrive adalah pada awal Disember tahun lalu dengan menambah ciri ‘pratonton segera’, memudahkan pengguna untuk pratonton fail dari Microsoft Word, Excel dan juga PowerPoint.

Kemaskini versi kali ini pula menampilkan sokongan untuk fail animasi GIF yang sememangnya sudah lama dinanti-nantikan oleh pengguna. Menurut Microsoft lagi, versi 8.8.9 ini turut menyediakan sokongan yang membolehkan pengguna untuk menukar akaun secara pantas dengan hanya sentuh beberapa ketika pada tab ‘ME’.

Selain itu, pengguna yang mempunyai akaun bagi kegunaan  kerja atau sekolah akan menerima notifikasi sekiranya terdapat seseorang mengongsikan fail dengan mereka. Pembangun aplikasi juga mengesahkan bahawa mereka turut menambah ciri ‘Pratonton Segera’ pada Sites Tab. Kemaskini terbaru ini turut membaiki pepijat yang mungkin dialami oleh sesetengah pengguna lain.

Sumber: Leakite

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY