Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun

Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun

Diterbitkan Februari 19, 2019 oleh Haikel Areff

Setelah sekian lama diwar-warkan, akhirnya mod masa terhad zombi tiba juga pada permainan PUBG Mobile hari ini.

Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun

Mod yang hadir dengan kerjasama Resident Evil 2 itu dinamakan sebagai mod “Survive Till Dawn” di mana pemain perlu melawan musuh(manusia) dan zombi dalam satu masa yang sama.

Semasa bermain mod berkenaan, pemain akan diberikan dengan loot seperti peluru, kit perubatan dan sebagainya apabila membunuh zombi.

Kemaskini PUBG Mobile Dengan Mod Zombi Kini Boleh Dimuat-Turun

Zombi-zombi ini kurang aktif pada waktu siang namun mula bertindak agresif seperti mengejar pemain apabila tiba waktu malam.

Selain daripada mod zombi, antara kemaskini baru yang dibawa masuk kali ini ialah waktu malam bagi peta Sanhok serta pepijat-pepijat yang telah diperbaiki.

Bagi anda yang masih belum mengemaskini PUBG Mobile, anda boleh melakukannya melalui gedung aplikasi Google Play Store atau Apple App Store sekarang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY