Kemaskini iOS 11.2.6 Akan Perbaiki Pepijat "Telugu"

Tempoh hari pemilik peranti Apple telah dikejutkan dengan isu pepijat yang boleh melumpuhkan fungsi aplikasi seperti iMessage, WhatsApp dan Facebook Mesenger.

Hanya dengan menghantar satu karakter dari bahasa Telugu, aplikasi pemesejan akan terus gagal berfungsi dan disebabkan itu Apple bertindak pantas menghadirkan kemaskini iOS 11.2.6.

Kemaskini tersebut mula ditawarkan semalam, dan kepada pemilik peranti Apple diminta memuat turunnya dalam kadar segera.

https://twitter.com/raywongy/status/965747901371768833?ref_src=twsrc%5Etfw&ref_url=https%3A%2F%2Fmashable.com%2F2018%2F02%2F19%2Fiphone-telugu-bug-fix-ios-11-2-6%2F