Kemas kini KB4579311 (OS Build 19041.572) itu ditawarkan kepada pengguna Windows 10 versi 2004 dan
Microsoft memaklumkan kandungan kemas kini KB4579311 ini adalah bagi menambah baik ciri keselamatan dan kestabilan Windows 10.
Microsoft menumpukan 3 isu utama dalam kemas kini tersebut iaitu meningkatkan sekuriti pada barisan produk Microsoft Office, ciri pengesahan kata nama dan kata laluan serta prestasi operasi sitem Windows.
Walaubagaimanapun, Microsoft memaklumkan terdapat 2 isu yang terdapat pada kemas kini tersebut.
Isu pertama adalah berkaitan penggunaaan Microsoft Input Method Editor (IME) untuk bahasa Jepun atau China. Manakala satu lagi adalah pemasangan pemacu perisian bagi perkakasan dari pihak ketiga.
Berkaitan isu kedua itu Microsoft menjelaskan simtomnya,
"When installing a third-party driver, you might receive the error, “Windows can’t verify the publisher of this driver software”. You might also see the error, “No signature was present in the subject” when attempting to view the signature properties using Windows Explorer." Microsoft.
Microsoft menyatakan bahawa jika isu seperti itu berlaku, pengguna perlu mendapatkan kemas kini terbaru dari pengeluar perkakasan bagi memperbetulkan isu tersebut.
Berkaitan
- Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500
- Teleskop Ini Guna Sebanyak 10 Lensa Canon Bantu Ahli Astronomi Australia Kaji Galaksi
- Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 - AnTuTu
- Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Setuju Kelajuan Jalur Lebar Patut Minimum 100Mbps
- Keperluan Minimum Yang Diperlukan Komputer Pengguna Bagi Memasang Windows 10
- iPhone 2019 Akan Diperkenalkan Pada 10 September Ini
- Windows 10 Berjaya Digodam Hanya Dalam Masa 5 Minit
- Mesej Pemberian Kuota Internet Sebanyak 100GB Sempena Kemerdekaan Adalah Tidak Benar
- Pengguna Windows 10 Terima Tetingkap Amaran Adobe Flash
- Microsoft Tawar Kemas Kini Windows 11 Preview Terakhir Bagi Tahun 2022