Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500

Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500

Diterbitkan Julai 20, 2020 · Dikemas kini Julai 21, 2020 oleh ariff bukhari

Komputer berasaskan ARM dari Jepun kini dinobatkan sebagai super komputer terpantas di dunia.

Pada Selasa lalu, organisasi super komputer Top500 telah menobatkan komputer dari Jepun yang dibangunkan olehFujitsu dan Institut Penyelidikan Riken sebagai komputer terpantas di dunia.

Komputer tersebut yang dibangun berasaskan cip ARM menggunakan sistem yang dikenali sebagai ‘Fugaku’.

Komputer itu berkeupayaan mencapai kuasa pemprosesan sehingga 2.8 kali ganda lebih tinggi berbanding rekod yang dipegang sebelum ini oleh Summit supercomputer dari A.S.

Ini Adalah Senarai 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia Ketika Ini Menurut Top500
Supercomputer Fugaku. Kredit: Riken

Fugaku dimuatkan sebanyak 152,064 ciP A64FX yang berasaskan ARM yang mampu memproses selaju 415.5 petaflops dengan adanya 7.2 juta teras (core) pemprosesan.

Fugaku digunakan penyelidik untuk menjalankan simulasi maya, ramalan cuaca dan juga penyeldikan fizik tentang evolusi alam semesta.

Malah ia juga kini digunakan sebagai eksperimental untuk penyelidikan COVID-19 termasuklah diagnostik dan simulasi cara penyebaran virus tersebut.

Berikut adalah 10 Super Komputer Terpantas Di Dunia setakat Jun 2020 oleh Top500:-

Screenshot 2020-07-20 at 20.28.25

Screenshot 2020-07-20 at 20.34.07
Sumber: Top500

Sungguhpun begitu, kedudukan yang dipegang Fugaku mungkin tidak laam kerana Kementerian Tenaga A.S dikatakan sedang merancang membangunkan  3 super komputer yang didakwa akan 2 kali lebih pantas dari Fugaku.

Super komputer itu dijangka akan dikuasakan oleh cip dari Intel dan AMD dan akan dihidupkan pada tahun hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY