Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Setuju Kelajuan Jalur Lebar Patut Minimum 100Mbps

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Setuju Kelajuan Jalur Lebar Patut Minimum 100Mbps

Diterbitkan Mac 15, 2024 ยท Dikemas kini Mac 15, 2024 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan Amerika Syarikat (FCC) secara rasminya telah menaikkan takrifan untuk kelajuan jalur lebar minimum daripada 25Mbps kepada 100Mbps.

Menerusi undian yang dibuat, suruhanjaya itu mengundi 3-2 untuk meningkatkan metrik jalur lebarnya daripada 25Mbps untuk muat turun dan 3Mbps untuk muat naik.

Oleh itu, kelajuan muat turun jalur lebar kini mesti 100Mbps dan muat naik pula 20Mbps.

Meningkatkan metrik kelajuan adalah penting kerana ia membantu suruhanjaya itu menentukan kawasan di negara itu yang menerima kelajuan internet yang mencukupi, dan jika lebih banyak pembiayaan kerajaan diperlukan.

Dalam laporan terbaru FCC, dianggarkan 45 juta rakyat Amerika tiada akses kepada perkhidmatan tetap 100/20Mbps dan perkhidmatan 5G-NR mudah alih 35/3Mbps.

Tambahan lagi, FCC juga berharap pada masa hadapan adalah mereka mahu menetapkan standard baharu dalam kelajuan jalur lebar, iaitu 1Gbps untuk muat turun dan 500Mbps untuk muat naik yang mana ia seiring dengan kemajuan teknologi di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun, peningkatan metrik ini hanya terpakai untuk servis jalur kabel di mana ia tidak terpakai untuk servis internet melalui satelit seperti dari Starlink.

Berkaitan

  • Pelaksanaan Rangkaian 5G Kedua Mungkin Ditangguh Sementara
  • JPDP Sahkan Tiada Ketirisan Data Peribadi Maxis - Menteri
  • Maxis Dan Huawei Pacu Teknologi 5G-Advanced Di Malaysia Dan Asia Tenggara

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY