Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
huntman canon teleskop

Teleskop Ini Guna Sebanyak 10 Lensa Canon Bantu Ahli Astronomi Australia Kaji Galaksi

Diterbitkan Ogos 1, 2022 oleh ariff bukhari

Universiti Australia bekerjasama dengan Canon bagi membangunkan sebuah teleskop bagi membantu saintis mengkaji galaksi di bahagian hemisfera selatan.

Canon membekalkan sebanyak 10 unit lensa telefoto Canon EF 400mm f/2.8 L IS II bagi membangunkan teleskop yang dinamakan sebagai Huntsman.

Penghasilan Teleskop Huntsman itu diinsirasikan daripada teleskop Dragonfly Telephoto Array yang menggabungkan sebanyak 24 unit lensa Canon  EF 400mm f/2.8L IS II USM yang digunakan oleh pasukan penyelidik di Universiti Yale dan Universiti Toronto.

③20211110_CUSA press/Canon dragonfly Photo and caption-Final_V
Teleskop Dragonfly Telephoto Array.

Lensa Canon 400mm generasi kedua dipilih untuk Teleskop Huntsman itu kerana anti pantulannya yang sangat baik.

Teleskop Huntsman digunakan di Pusat Observatori Siding Spring, New South Wales, Australia bagi membantu saintis memahami tentang galaksi seperti bagaimana galaksi terbentuk dan apa yang akan berlaku jika galaksi bertembung.

Teleskop Ini Guna Sebanyak 10 Lensa Canon Bantu Ahli Astronomi Australia Kaji Galaksi
Teleskop Huntsman terletak di Pusat Observatori Siding Spring, New South Wales, Australia 

“Teleskop Huntsman merupakan pelopor kepada bagaimana kami merakam imej jauh ke dalam struktur galaksi di bahagian langit selatan yang tidak mampu dilakukan oleh teleskop biasa”. Dr. Lee Spitler, Ketua Pasukan Penyelidik Teleskop Huntsman.

Sumber: PetaPixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY