Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Minggu Sains Negara

Jom Meriahkan Karnival Minggu Sains Negara (MSN) Dan Malaysia Techlympics 2023

Diterbitkan November 15, 2023 · Dikemas kini November 8, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjemput dan mengalu-alukan kehadiran orang ramai ke Karnival Minggu Sains Negara (MSN) dan Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada 19 dan 20 November 2023 ini, bertempat di Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya.

Malaysia Techlympics 2023 Peringkat Akhir Kebangsaan ini dilaksanakan selepas penganjuran di Peringkat Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak.

Pelbagai pertandingan berteraskan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), Internet benda (IoT), dron, pengkodan dan robotik yang dipertandingkan di peringkat negeri dan zon.

Seramai lebih 5,000 orang peserta dari 1,200 pasukan dijangka akan berkumpul bersama-sama dan bersaing di Peringkat Zon Akhir Kebangsaan yang akan diadakan pada 19 – 20 November 2023 di Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik berteraskan STI disediakan sepanjang program tersebut antaranya 40 buah reruai pameran interaktif melibatkan pengamal STI tempatan dan antarabangsa, tayangan Mini Planetarium, Drone Challenge, Pertunjukan Sains Interaktif, Aktiviti Robotik, Planet VR dan Pocket Talk STI yang akan memberi manfaat kepada pengunjung khususnya pelajar dan belia.

Jadi, jom ramai-ramai ke Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 19 dan 20 November 2023 untuk bersama-sama Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi dan Mengarusperdanakan Inovasi.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • Ramai Buat Silap Ni Bila Ambil Gambar Malam, Ni Cara Yang Betul
  • Game Dengan Rating 4.6 Bintang Ini Sedang Diskaun RM160

Sumber: Siaran media MOSTI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY