Tahun lalu, NordPass telah mengeluarkan 10 kata laluan yang sangat lemah dan tidak selamat serta masih digunakan ramai.
Malah, jika anda menggunakan kata laluan yang sama pada pelbagai akaun juga adalah tidak selamat untuk dilakukan.
Oleh itu, Google baru sahaja mengeluarkan kemas kini baharu menerusi Chrome 88 dengan ciri membantu anda untuk membaiki kata laluan yang sangat lemah.
Dengan ini, anda dapat mengenal pasti mana-mana kata laluan yang lemah ataupun kata laluan yang telah dikompromi dalam erti kata lain mudah untuk diceroboh.
Fungsi ini akan memberikan anda untuk klik pada akaun tersebut dan seterusnya menukar kata laluan dengan lebih baik.
Tambahan lagi, terdapat penambahan bahagian baharu di mana anda dapat menukar kata laluan untuk pelbagai akaun dengan mudah tanpa perlu memilih satu-satu akaun.
Ciri ini sebenarnya sangat membantu terutama bagi mereka yang mempunyai pelbagai akaun tetapi kata laluan yang digunakan sangat lemah dan akhirnya, akaun anda itu sangat mudah untuk digodam.
Kemas kini ini akan hadir buat semua pengguna dalam beberapa minggu lagi dan tersedia buat semua platform desktop, iOS dan Android.
Sumber: google