Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Prestasi GPU Snapdragon 8 Gen 4 Dikhabar Lebih Laju Banding Apple M2

Kelajuan Snapdragon 8 Gen 4 Dilapor Mungkin Ditingkatkan ‘Semata-Mata’ Untuk Atasi Geekbench Cip iPhone

Diterbitkan Mei 15, 2024 ยท Dikemas kini Mei 15, 2024 oleh ariff bukhari

Snapdragon 8 Gen 4 yang dijangka akan diumumkan pada Oktober tahun ini dilaporkan akan mengalami sedikit pengubahsuaian.

Menurut khabar angin sebelum ini mendakwa, Qualcomm akan menyesuaikan frekuensi cip terbaru mereka itu untuk mencapai kelajuan sehingga 4.26GHz yang berkemungkinan untuk mengatasi cip Apple A18 untuk iPhone baharunya yang akan datang.

Walau bagaimanapun, berdasarkan ura-ura baru-baru ini, peningkatan pada cip Qualcomm itu hanya dilakukan supaya Qualcomm boleh mengatasi pesaingnya dalam Geekbench semata-mata.

Tetapi untuk manfaat dalam aplikasi dunia sebenar, ia hanya memberi kesan yang sedikit sahaja atau tiada langsung menurut khabar angin itu.

Jadi, nampaknya matlamat utama Qualcomm adalah untuk mengatasi Apple dalam Geekbench.

Apple baru-baru ini telah pun memperkenalkan cip M4 pada iPad Pro baharu yang mencapai pada teras prestasi selaju 4.40GHz, membolehkannya mencapai rekod dunia baharu dalam keputusan teras tunggal Geekbench 6.

Untuk status semasa keputusan Geekbench 6 bagi cip Apple A17 Pro pada iPhone 15 Pro Max menyaksikan frekuensi asas kelajuan CPU setinggi 3.78Ghz.

Screen Shot 2024-05-15 at 3.27.00 PM

Screenshot 2024-05-15 at 5.24.15 PM

Manakala kelajuan asas frekuensi bagi cip Snapdragon 8 Gen 3 yang digunakan dalam telefon pintar andalan Android seperti Samsung Galaxy S24 Ultra pula hanya setinggi 2.26Ghz sahaja.

Screen Shot 2024-05-15 at 3.27.50 PM

Screenshot 2024-05-15 at 5.26.24 PM

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Sumber: wccftech, Geekbench 1, 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY