Kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusinya, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek kepada Bernama itu adalah bersandarkan kepada laporan Opensignal yang menunjukkan kelajuan internet tetap di Malaysia adalah pada purata 88Mbps manakala jaringan mudah alih pula mencapai kelajuan purata 26Mbps.
Beliau juga memaklumkan bahawa jaringan digital negara telah distruktur semula berikutan kebanyakan orang bekerja dari rumah dan pelajar mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Penstrukturan itu sekaligus menjadikan jaringan digital negara kini lebih baik bagi memenuhi keperluan peningkatan trafik internet sepanjang tahun lalu.
Beliau juga mengsyorkan supaya pengguna yang bekerja dari rumah dan mempunyai anak-anak yang mengikuti PdPR supaya menggunakan Internet jalur lebar tetap berbanding dengan jaringan data mudah alih untuk kesambungan internet yang lebih baik.
Sumber: Bernama
Berkaitan
- Starlink Tawar Servis Internet Baharu, Harga Bermula ~RM353 Ribu/bulan
- SKMM Kecewa Dengan Facebook, Twitter, Instagram, WhatsApp Dan Telegram
- SKMM Menjemput Syarikat-Syarikat Sertai Projek "KITAR"
- Kelajuan Internet Mudah Alih Di Malaysia Atasi Vietnam, Thailand Dan Jepun
- Lebih 7 Ribu Port Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sedia Dilanggan Penduduk Sarawak
- Mesej Pemberian Kuota Internet Sebanyak 100GB Sempena Kemerdekaan Adalah Tidak Benar
- Penduduk Pulau Tioman Kini Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi Menerusi Rangkaian Gentian Optik Sejauh 75.2km
- Seorang Individu Dikesan Menyamar Sebagai Pengarah Urusan SKMM Di Platfom LinkedIn
- Menara Komunikasi Tumbang, Menjejaskan 4 Rangkaian Komunikasi Dan Internet Di Bachok Kelantan
- SKMM Menyokong Pelan Pemulihan Negara