Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SKMM Menjemput Syarikat-Syarikat Sertai Projek “KITAR”

SKMM Menjemput Syarikat-Syarikat Sertai Projek “KITAR”

Diterbitkan September 20, 2021 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mempelawa syarikat-syarikat yang berminat untuk menghantar kertas cadangan bagi Projek Kitar Semula Peranti Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi Kecil atau KITAR.

Projek ini bertujuan untuk mengitar semula peranti lama dan yang telah rosak (mobile e-waste).

Pelawaan kerjasama ini meliputi beberapa skop projek iaitu logistik, operasi kitar semula, dan platform penjejakan.

Syarikat yang berminat bolehlah menghantar kertas cadangan bagi salah satu, dua, ataupun bagi ketiga- tiga skop tersebut.

Pemohon boleh menghantar kertas cadangan mereka dengan mengisi borang yang disediakan menerusi pautan: https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/media/General/pdf/Ca ll-for-Collaboration_KITAR_MCMC.pdf berserta dokumen-dokumen yang berkaitan, selewat-lewatnya pada 27 September 2021 ini.

Menerusi kerjasama ini pihak SKMM berharap ia dapat memupuk semangat kitar semula khususnya mobile e-waste memandangkan berlakunya peningkatan sisa berkenaan di seluruh dunia pada kadar yang membimbangkan.

Sumber: SKMM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lockdown Mode iPhone: Apa Fungsinya Dan Siapa Yang Patut Guna
  • NACSA Pantau Keselamatan Siber Negara Secara Berterusan, Tegaskan Keadaan Terkawal
  • Gangguan Laman Web Korporat Berpunca Daripada Isu Teknikal Pihak Ketiga, Operasi Perbankan Tidak Terjejas - Bank Rakyat
  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
©2026 WISER.MY