Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lebih 7 Ribu Port Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sedia Dilanggan Penduduk Sarawak

Lebih 7 Ribu Port Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Sedia Dilanggan Penduduk Sarawak

Diterbitkan Disember 19, 2023 ยท Dikemas kini Disember 19, 2023 oleh ariff bukhari

Infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi kini tersedia untuk dilanggan penduduk di Sarawak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching ketika lawatan kerja beliau di Kuching, Sarawak yang melawat salah satu tapak projek Point of Presence (PoP), pemasangan rangkaian jalur lebar talian tetap (teknologi gentian optik) di Sekolah Kebangsaan Santubong.

Melalui Projek PoP ini, infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi disediakan bagi kegunaan premis kediaman, Kerajaan, komuniti yang berada berhampiran dalam lingkungan 2.5km hingga 3km.

Beliau memaklumkan, sebanyak 748 PoP telah dirancang menerusi Fasa 1 & Fasa 2, di mana secara keseluruhan, sebanyak 7,410 port telah dibangunkan dan sedia dilanggan oleh rakyat Sarawak.
PoP 2
“Untuk PoP Fasa 2, 10% telah disiapkan dan saya yakin, baki 90% akan disiapkan dalam masa 2 tahun ini iaitu sebelum Oktober 2025 oleh Syarikat Borneo Restu Sdn. Bhd. yang juga merupakan tuan rumah bagi lawatan tapak hari ini.” Teo Nie Ching.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Bahagian Infrastruktur dan Aplikasi (BIA) Kementerian Komunikasi dan Digital selaku pengurus projek dan syarikat pelaksana Projek PoP Fasa 2 Zon Sarawak iaitu Borneo Restu Sdn. Bhd. atas segala usaha dan dedikasi bagi meningkatkan kualiti kesalinghubungan masyarakat.
Sumber: FB Teo Nie Ching, BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Rakyat Disaran Untuk Guna Semula Aplikasi MySejahtera
  • Kerajaan Pertimbang Ambil Tindakan Jika Telco Kenakan Caj Tambahan Akses 5G
  • Elak Kongsi Gambar, Video Mangsa Tragedi Di Ipoh - MCMC

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY