Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
JENDELA: Capai Sasaran Penuh, 839 Lokasi Siap Dipasang Jalur Lebar Tanpa Wayar

Penduduk Pulau Tioman Kini Nikmati Internet Berkelajuan Tinggi Menerusi Rangkaian Gentian Optik Sejauh 75.2km

Diterbitkan Februari 23, 2023 oleh ariff bukhari

Penduduk kampung di dalam Pulau Tioman kini dapat menikmat internet berkelajuan tinggi  hasil daripada pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman.

Projek berkenaan yang membangunkan rangkaian gentian optik dari Kuala Rompin ke Kampung Tekek sejauh 75.2km itu telah pun siap sepenuhnya pada bulan September 2018 dahulu.

Pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut ke Pulau Tioman itu adalah di bawah inisiatif Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) seliaan MCMC.

Screenshot 2023-02-23 at 11.48.16 AM

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui MCMC telah melaporkan perkembangan terkini mengenai Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), yang merangkumi pelaksanaan rangkaian gentian optik dasar laut Pulau Tioman kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dalam satu sesi taklimat di Pulau Tioman pada 19 Februari 2023 (Ahad) yang lalu.

Selain itu MCMC juga memaklumkan, projek gentian optik Kg Mukut sejauh 8.5km telah siap dilaksanakan oleh Telekom Malaysia (TM) pada Disember 2022 yang menghubungkan rangkaian gentian optik dari Japamala ke Kg Mukut melalui Kg Nipah dan Kg Sarang Burung.

Projek itu sekaligus menjadi pelengkap kepada semua kampung di Pulau Tioman tersedia dengan rangkaian gentian optik.

MCMC berkata, kemudahan infrastruktur yang tersedia di bawah program JENDELA ini, diharapkan dapat merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat selain merancakkan lagi ekonomi digital komuniti dan industri pelancongan Pulau Tioman.

Berkaitan

  • Putrajaya Fasa Dua Sudah Hampir Siap, Ujian Terakhir Sedang Dijalankan
  • Ini Beza Antara Android TV Dengan Smart TV
  • Kerajaan Pertimbang Tempoh Maksimum Perbaharui Lesen Memandu Sehingga 10 Tahun

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY