Kejohanan FIFA World Cup 2018 di Rusia Sah Guna Teknologi Video Pembantu Pengadil

Kejohanan bolasepak FIFA World Cup yang akan dilangsungkan di Rusia bakal menjadi kejohanan pertama dalam bolasepak yang akan menggunakan teknologi video pembantu pengadil.

Teknologi yang sama boleh kita lihat dalam permainan rugbi dimana pengadil mempunyai masa untuk berkomunikasi dengan pembantu luar menggunakan ulang tayang video. Ini adalah untuk memastikan pengadil membuat keputusan yang betul.

Rugbi juga merupakan sukan yang paling hormat pada pengadil kerana mereka tahu keputusan diambil pengadil selalunya berdasarkan bukti ulang tayang video. Langkah yang diambil FIFA ini juga akan mengurangkan perselisihan antara pemain dan pengadil.

2768705_full-lnd

Presiden FIFA, Gianni Infantino telah mengesahkan akan membawa teknologi yang sama pada kejohanan bolasepak terbesar itu. Keputusan itu juga diambiln selepas beberapa percubaan yang positif di beberapa perlawanan sebelum ini seperti di liga US, Jerman dan Australia.

Teknologi ini juga turut digunapakai dalam kejohanan FIFA Club World Cup di Jepun tahun lalu. Sekali lagi teknologi ini menghasilkan keputusan dan feedback yang positif.

VAR

Video Pembantu Pengadil atau VAR (video assistant referee) ini akan membantu pengadil dalam membuat kuputusan yang rumit seperti gol, kad merah, penalti dan sebagainya. Pengadil masih lagi memegang sepenuhnya kuasa untuk membuat keputusan di atas padang namun diberikan beberapa pertolongan melalui ulang tayang video.

Jadi lepas ini, jangan terkejut kalau pengadil meniup wisel sedikit lambat ketika perlawanan.

Lagipun, pengadil juga manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Cewah.

Sumber