Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
satelit swarm ESA

Kedudukan Satelit Turun Mendadak Ke Atmosfera Bumi Membimbangkan Saintis

Diterbitkan Jun 24, 2022 · Dikemas kini Jun 24, 2022 oleh ariff bukhari

Pada lewat tahun 2021 lalu, Agensi Angkasa Eropah mengesan perkara yang membimbangkan apabila mereka dapati satelit Swarm, satelit pengukur medan magnet Bumi semakin keluar dari kedudukan orbitnya.

Satelit tersebut dikesan pergerakannya semakin menurun ke arah atmosfera Bumi pada kadar yang sangat pantas iaitu sehingga 10 kali ganda dari kebiasannnya.

Anja Stromme, pengurus misi satelit tersebut menyatakan, dalam tempoh 5, 6 tahun lepas, kedudukan satelit tersebut hanya menurun sekitar 2dan 1.5 kilometer sahaja setiap tahun.

Tetapi sejak antara bulan Disember 2021 hingga April 2022,  kadar penurunan kedudukan satelit itu mencecah sehingga 20 kilometer setahun.

Keadaan yang sama berlaku kepada Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sehingga memaksa operator stesen tersebut melakukan pergerakan besar bagi mengekalkan kedudukan stesen angkasa itu 400 kilometer dari atas Bumi.

Saintis menyatakan bahawa mereka sedar kedudukan satelit-satelit yang mengorbit Bumi bergantung kepada aktiviti ribut solar.

Para pakar menjangkakan aktiviti Matahari yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga berlakunya beberapa insiden ribut solar akan memberi kesan kepada satelit-satelit untuk kekal berada dalam orbitnya tahun ini.

Sumber:| Space

Baca juga:

  • Kurang Sebulan Lagi, Komet Terbesar Dikesan 5 Tahun Lalu Diramal Akan Hampiri Bumi
  • Saintis Mendakwa Kedudukan Kutub Selatan Dan Kutub Utara Mungkin Akan Berubah
  • Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY