Komet itu yang diberkan nama sebagai komet C/2017 K2 (PANSTARRS) itu dikesan satelit tersebut dalam tahun 2017 dahulu yang turut dikesan oleh teleskop Pan-STARRS yang berada di Hawaii.
Ketika pertama kali dikesan, ia dianggarkan berada sejauh 2.4 bilion kilometer dari Matahari.
Tetapi kini selepas 5 tahun, komet C/2017 K2 itu dijangka akan melintasi hampir dengan Bumi pada bulan Julai hadapan.
Titik paling hampir ia akan berada dengan Bumi pula adalah dijangka pada 14 Julai 2022 hadapan.
Sungguhpun begitu, untuk dapat melihat komet ini, anda masih perlu menggunakan bantuan teleskop kecil.
Sehingga kini, saintis belum dapat mengesahkan saiz sebenar komet C/2017 K2 ini tapi tetapi ada yang mendakwa saiznya berpotensi sangat besar sehingga boleh mencecah sehingga 100 batu lebar (~160 kilometer lebar).
Tetapi data dari Teleskop Hubble pula mencadangkan ia hanya bersaiz sekitar 12 batu lebar (~19 kilometer lebar) sahaja atau kurang.
Setakat ini, semakan ke atas data dari Comets – NASA Solar System Exploration, terdapat sebanyak 3,743 komet sudah dikenal pasti.
Tetapi masih terdapat berbilion komet yang mengorbit Matahari masih belum dikenal pasti sehingga kini.
Sumber: newsweek.com, EarthSky, hubblesite.org
Baca juga:
- Saintis Mendakwa Kedudukan Kutub Selatan Dan Kutub Utara Mungkin Akan Berubah
- Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi
- NASA Mengesan Lebih Banyak Asteroid Menghampiri Bumi Dalam Tempoh 50 Tahun
Berkaitan
- Google Buang 2 Aplikasi Popular Ini Dari Play Store Tanpa Sebab Munasabah
- NASA Memperlihatkan Video Selang Masa 10 Tahun Matahari Yang Dirakam Kapal Angkasa SDO
- Ini Imej Paling Hampir Dengan Matahari Yang Berjaya Dirakam Oleh NASA Solar Orbiter
- Sultan Johor Bangga Anak Johor Tempa Nama Di NASA
- Trump Berulang Kali Bertanya NASA, "Kenapa Angkasawan Tidak Dihantar Saja Terus Ke Planet Marikh?"
- NASA Sahkan Penemuan Planet 'Super-Earth' Baharu "Hampir" Dengan Bumi
- NASA Berjaya Langgar Asteroid Dimorphos
- Syarikat Ini Terima Kontrak NASA Bernilai RM3.9 Juta Untuk 'Kutip' Sampah Angkasa
- NASA Melaporkan Berlaku Letupan Meteor Hingga Gegarkan Bumi Pada Tahun Baru
- NASA Hantar Kemas Kini Perisian Sejauh 19 Bilion/km