Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi

Diterbitkan September 18, 2021 · Dikemas kini September 19, 2021 oleh ariff bukhari

Agensi Angkasa Eropah (ESA) memaklumkan bahawa kebocoran lapisan ozon di Kutub Selatan pada tahun ini terus membesar dan semakin dalam sejak beberapa tahun ini.

Menurut CAMS (Copernicus Atmosphere Monitoring Service), lubang ozon tersebut semakin membesar dalam tempoh 2 minggu lalu dan saiznya kini adalah 75% lebih besar sejak tahun 1979.

Berdasarkan kepada data terbaru yang diperolehi daripada satelit Copernicus Sentinel-5P, ESA menyatakan saiz lubang ozon tersebut kini  adalah seluas 23 juta kilometer persegi sekaligus lebih besar daripada Antartika.

Kebocoran Lubang Ozon Di Kutub Selatan Kini Seluas 23 Juta Kilometer Persegi
Saiz lubang ozon di Kutub Selatan pada 16 September 2021. Kredit: ESA

Pada tahun 1987, Protokol Montreal telah diwujudkan bagi melindungi lapisan ozon Bumi bagi menyekat penggunaan dan pengeluaran bahan-bahan yang boleh merosak dan melambatkan pemulihan lapisan ozon.

Pada tahun 2018 dahulu, NASA menunjukkan kesan positif hasil daripada pelaksanaan protokol tersebut.

Namun begitu, saintis mencadangkan bahawa pemulihan kebocoran lubang ozon yang berlaku di Kutub Selatan akan mengambil masa dan dijangka hanya akan pulih pada tahun 2050 nanti.

Sumber: ESA, NASA, CAMS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
©2026 WISER.MY