Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kedudukan 10 Pelayar Sesawang Paling Popular Dikalangan Pengguna Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mei 2019

Kedudukan 10 Pelayar Sesawang Paling Popular Dikalangan Pengguna Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mei 2019

Diterbitkan Jun 22, 2019 ยท Dikemas kini Jun 22, 2019 oleh ariff bukhari

Chrome masih kekal pelayar paling popular di seluruh dunia.

Laman analisis statcounter telah mengeluarkan status terkini kedudukan pelayar-pelayar sesawang paling popular yang digunakan oleh pengguna di seluruh dunia.

Berdasarkan kepada data StatCounter, pelayar Google Chrome masih kekal sebagai pelayar yang paling popular dikalangan pengguna internet di seluruh dunia iaitu pada kadar 62.7%.

Peratusan tersebut adalah meningkat jika dibandingkan untuk bulan yang sama pada tahun lepas di mana pengguna pelayar Chome pada Mei 2018 adalah pada kadar 58.09%.

Tidak setakat itu, peratusan penguna pelayar Chrome bagi bulan Mei 2019 merupakan yang tertinggi dalam tempoh 4 tahun di seluruh dunia.

Kedudukan 10 Pelayar Sesawang Paling Popular Dikalangan Pengguna Di Seluruh Dunia Setakat Bulan Mei 2019
Chrome juga adalah pelayar yang paling popular di Malaysia di mana lebih daripada 70% pengguna di Malaysia menggunakan pelayar Google Chrome. Jauh meninggalkan pengguna pelayar-pelayar yang lain. Kredit: statcounter.

Pelayar Safari pula masih kekal sebagai pelayar kedua paling popular di seluruh dunia setakat Mei tahun ini dengan kadar peratusan penggunanya adalah 15.89%. Ia merupakan penggunaan tertinggi yang dicapai oleh Safari dalam tempoh 4 tahun ini.

Pelayar Firefox pula berada di tangga ke-3 dengan peratusan penggunanya pada kadar 5.07%. Pelayar Firefox mengalami penurunan yang amat ketara di mana popularitinya terus menurun sejak Mei 2015 (11.14%).

Seterusnya adalah pelayar Samsung Internet yang berada di tangga ke-4 iaitu pada kadar 3.38% tanpa ada sebarang peningkatan mahupun penurunan ketara sejak Mei 2018.

Kemudian ia diikuti oleh UC Browser yang hanya mencatat 3.16% pengguna aktif di seluruh dunia, penurunan sebanyak 5% jika hendak dibanding pada Mei 2018 di mana peratusan pengguna aktifnya adalah pada kadar 8.16%.

Begitu juga pelayar Opera yang menunjukkan penurunan pengguna aktif di seluruh dunia. Jika pada Mei 2018 lalu peratusan penggunanya adalah 3.68%, tetapi untuk Mei 2019 penggunanya hanyalah pada kadar 2.55%.

Penurunan peratusan pengguna aktif juga berlaku pada pelayar Internet Explorer (2019 – 2.51%, 2018 – 3.08%) dan Android (2019 – 0.9%, 2018 – 1.51%).

Manakala pelayar Edge pula di tangga ke-8 (satu anak tangga dihadapan pelayar Android) dengan kadar peratusan penggunanya adalah 2.17% dan selebihnya adalah pelayar-pelayar lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY