Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2023-12-22T103627.239

Kedai Rasmi Apple Di Infinite Loop Bakal Ditutup Selamanya

Diterbitkan Disember 22, 2023 oleh Muhd Idham

Apple kini menetapkan tarikh penutupan bagi kedai rasmi mereka yang terletak di Infinite Loop, bekas ibu pejabat Apple iaitu pada 20 Januari 2024.

Kedai Rasmi Apple Di Infinite Loop Bakal Ditutup Selamanya
Apple 1 Infinite Loop

Selepas ibu pejabat Apple berpindah ke Apple Park Way di Cupertino, California pada tahun 2017, Infinite Loop yang berkhidmat dari tahun 1993 hingga 2017 itu beroperasi sebagai makmal dan pejabat pengurusan untuk Apple sehingga sekarang.

Namun begitu, kesemua pekerja di kedai itu tetap ditawarkan untuk bekerja bersama syarikat itu di ibu pejabat terkini ataupun di Pusat Pelawat Apple Park dan Apple Valley Fair.

Pihak Apple pula menyatakan Infinite Loop akan dijadikan sebagai pejabat pengurusan sepenuhnya untuk kegunaan pekerja korporat Apple.

Selain itu, Apple akan turut menutup kedai rasmi Royal Hawaiian mereka yang terletak di Honolulu, Hawaii pada tarikh yang sama.

Hal ini kerana mereka ingin menumpukan pembangunan cawangan terbaru yang baru dibuka tahun ini di Amerika Syarikat, China, India, Korea Selatan dan United Kingdom.

Berkaitan

  • Penggodam GTA 6 Dijatuhi Hukuman Tahanan Di Hospital Seumur Hidup
  • Spesifikasi Akhir Wi-Fi 7 Dijangka Tiba Awal 2024, 4.8 Kali Lebih Laju Dari Wi-Fi 6
  • Perkongsian Status WhatsApp Kelak Boleh Dibuat Melalui Peranti Terpaut
  • Sekali Lagi, Peranti Android Dikatakan Akan Dilengkapi Sokongan 'Battery Health'

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY