Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
wi-fi 7

Spesifikasi Akhir Wi-Fi 7 Dijangka Tiba Awal 2024, 4.8 Kali Lebih Laju Dari Wi-Fi 6

Diterbitkan Disember 22, 2023 · Dikemas kini Disember 22, 2023 oleh ariff bukhari

Selepas berbulan-bulan pembangunannya, industri teknologi hampir memuktamadkan spesifikasi rasmi untuk Wi-Fi 7.

Perikatan Wi-Fi, badan industri yang mengawasi teknologi tanpa wayar, menerbitkan halaman sesawang baru yang menyebut jadual pelepasan untuk “Wi-Fi 7 Certified.”

“Berdasarkan teknologi IEEE 802.11be, ia akan tersedia sebelum akhir Q1 2024,” Perikatan Wi-Fi.

Perkara itu tiba kerana sudah ada beberapa vendor mula menjual penghala Wi-Fi 7 menggunakan draf spesifikasi untuk standard wayarles 802.11be.

Spesifikasi Wi-Fi 7 disahkan akan memberi lebih keyakinan kepada pengguna apabila membeli teknologi tersebut.

Wi-Fi 7 sangat baru dengan kebanyakan peramti seperti telefon pintar dan PC, tidak menyokong standardnya ketika ini.

Pada Julai lalu, Acer telah mula menjual komputer riba yang serasi dengan Wi-Fi 7, manakala telefon pintar perdana onePlus yang akan datang, OnePlus 12, akan menyokong Wi-Fi 7.

Spesifikasi teknikal semasa untuk Wi-Fi 7 dikatakan ia boleh menawarkan kelajuan teori sehingga lebih 40Gbps.

Tetapi setakat ini, penghala Wi-Fi 7 yang ada hanya menawarkan kelajuan hampir  kepada 2Gbps dalam ujian dunia sebenar.

Jadi pengguna akan memerlukan kelajuan internet rumah mereka pada kelajuan lebih daripada 1Gbps untuk mendapat faedahnya.

Berkaitan

  • Telefon Pintar Pertama Dengan Sokongan Wi-Fi 7 Dijangka Hadir Seawal Separuh Kedua 2024
  • Acer Swift Edge 16 Kini Dengan Sambungan Wi-Fi 7
  • Windows 10 Tidak Akan Sokong Wi-Fi 7

Sumber: Tom’s Hardware, Wi-Fi Alliance

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY