Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hong Leong Bank Perkenal e-Dompet Sendiri, Ada ‘Cashback’ Dan Simpan Mata Wang Asing

Hong Leong Bank Perkenal e-Dompet Sendiri, Ada ‘Cashback’ Dan Simpan Mata Wang Asing

Diterbitkan Januari 26, 2023 · Dikemas kini Januari 26, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Hong Leong Bank kini hadir dengan e-dompet mereka sendiri iaitu HLB Wallet.

Antara tumpuan yang ditekankan ialah HLB Wallet menyokong 12 mata wang negara lain dengan pulangan tunai (cashback) untuk setiap transaksi digital yang layak.

  • Dolar Singapura (SGD)
  • Dolar New Zealand (NZD)
  • Dolar Hong Kong (HKD)
  • Dolar Amerika Syarikat (USD)
  • Dolar Australia (AUD)
  • Dolar Kanada (CAD)
  • Riyal Arab Saudi (SAR)
  • Renminbi China CNH)
  • Baht Thailand (THB)
  • Euro (EUR)
  • Pound Sterling (GBP)
  • Yen Jepun (JPY)

HLB Wallet ini diakses melalui aplikasi HLB Connect sedia ada.

Berkaitan

  • Pemindahan Wang Ke Akaun 'e-Wallet' Terhad RM150 Sebulan - Hong Leong Bank
  • 6 Kad Kredit Untuk Anda Yang Banyak 'Shopping Online'
  • Touch n' Go Perkenal Soundbox - 'Bercakap' Apabila Pelanggan Siap Bayar Melalui Kod QR
  • Kad Prabayar TNG Visa Rasmi, Ini Yang Anda Perlu Tahu
  • Perbandingan Kad Prabayar Di Malaysia - BigPay, Wise, MAE, TNG Visa
  • Touch 'n Go Diarah Ambil Enam Tindakan Ini Dengan Segera

Untuk yang tidak pernah mempunyai akaun Hong Leong Bank, anda boleh buka akaun HLB Wallet melalui aplikasi Apply@HLB dan akan menerima kad debit dihantar ke rumah.

Bagi pelanggan sedia ada, anda juga boleh daftar HLB Wallet denga cara sama. Akaun e-dompet ini akan terpaut dengan akaun HLB Connect dan kad debit yang anda sedang gunakan.

Hong Leong Bank Perkenal e-Dompet Sendiri, Ada ‘Cashback’ Dan Simpan Mata Wang Asing

Diingatkan, ia hanya boleh menyimpan sehingga RM4,999. Selepas had ini dibuang (melalui pengesahan biometrik di bank), baru anda boleh simpan dalam 12 mata wang asing.

Selepas siap buka akaun, anda perlu masukkan deposit RM50. Untuk makluman, HLB Wallet tidak boleh ditambah nilai melalui kad kredit.

HLB Wallet _ Hong Leong Bank Malaysia

Dengan kad debit diberikan/sedia ada, anda boleh membawa keluar duit daripada mana-mana mesin ATM Hong Leong atau MEPS. Ini sama seperti ditawarkan MAE.

Berkenaan pulangan tunai pula, anda layak menerimanya RM10 sebulan dengan syarat-syarat seperti di bawah.

hlb wallet cashback

Untuk memasukkan duit ke dalam mata wang asing, HLB Connect > Menu > Foreign Currency Deposit.

Melalui aplikasi Connect juga, anda boleh hidupkan sokongan transaksi, pembayaran dan pengeluaran wang di ATM luar negara.

Sumber: Hong Leong Bank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY