Sebuah laman fotografi dari Sepanyol, Fotolari mengumpul data-data pemenang pertandingan foto dunia tersebut dan menghasilkan data dalam bentuk jenama kamera yang digunakan.
Dengan jelas kita dapat perhatikan Canon mendominasi carta sebagai kamera yang sering digunakan untuk winning shot pertandingan ini. Canon 5D Mark III berada di kedudukan teratas dengan memenangi pertandingan sebanyak 9 kali.
Walaupun Canon 5D Mark III merupakan predecessor Canon 5D Mark IV bersama dengan kebangkitan Canon 5DS/5DS R, Canon 5D Mark III masih berupaya untuk memegang takhta sebagai kamera paling banyak digunakan oleh juru foto. Yang menariknya, Canon 5D Mark III telah memenangi pertandingan tersebut selama beberapa tahun berturut-turut.
Pecahan jenama kamera menunjukkan bahawa Canon dan Nikon dilihat dominan dengan Canon 55.5% dan Nikon 30.55%, tetapi Fujifilm dilihat semakin menunjukan taring. Jika ada yang tertanya-tanya atau sering berdebat tentang "Canon vs Nikon", mungkin ini adalah jawapannya.
Dari segi sistem kamera yang digunakan, kamera DSLR memonopoli dengan 88.8% pemenang manakala kamera mirrorless hanya pada 5.55%. Tetapi ini tidak bermakna DSLR lebih bagus daripada kamera mirrorless. Ianya bergantung kepada keupayaan juru foto itu sendiri untuk menghasilkan award winning shot.
Sumber
Berkaitan
- #MWC2019- Peranti Dengan Kebolehan 10X ZOOM Dan Sambungan 5G Dari OPPO
- #MWC2019- Telefon Energizer Dengan Bateri Gergasi 18,000mAh
- Webe Menawarkan Pelan Tanpa Had Serendah RM 79
- Xiaomi Mi 5C Bersama Cip Pemproses Sendiri Pinecone Surge S1 Diperkenalkan
- PUBG Mobile Bakal Beri Peluang Sama Rata Kepada Semua Peringkat Pemain
- Nokia 9 PureView Mungkin Dijual Pada Harga Bawah RM2,800 Di Eropah
- Perbelanjaan Kepada Permainan Video Sepanjang Separuh Pertama 2018 Catat Rekod Baru
- Xiaomi Keluarkan Iklan Acah Pertama Bagi Peranti Mi A2
- Oppo F9 Atau Vivo V11, Mana Satu Patut Korang Pilih
- Kebijaksanaan AI Telefon Pintar Kini Boleh Diukur Menggunakan Antutu AI Review