Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap

Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap

Diterbitkan Oktober 6, 2022 · Dikemas kini Oktober 6, 2022 oleh Amalina Athman

Penyelidik di SLAC National Accelerator Laboratory kini dilaporkan hampir selesai menghasilkan kamera Legacy Survey of Space and Time (LSST), iaitu kamera digital terbesar di dunia yang pernah dibina untuk astronomi.

Berkaitan

  • Penyelidik Berjaya Merakam Imej 3200 Megapiksel Pertama Di Dunia

Kamera LSST dengan saiz kira-kira kereta kecil dan berat tiga tan mempunyai lensa hadapan dengan lebar lima kaki serta sensor 3,200 megapiksel yang akan disejukkan kepada -100°C untuk mengurangkan bunyi.

Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap

Mempunyai 189 sensor charge-coupled device (CCD), ia disusun dalam 21 pakej yang dipanggil sebagai ‘raft’ dengan ukuran 3×3 persegi setiap unit.

SLAC menerangkan bahawa satah fokus selebar 64cm dipadankan dengan 3.5 darjah FoV (field of view), yang bermaksud kamera itu boleh merakam lebih daripada 40 kali ganda kawasan bulan purnama di langit dengan setiap exposure.

Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap
Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap

Bukan sahaja sensor yang terbesar di dunia, tetapi lensa dengan ukuran 1.57 meter (lima kaki) juga telah pun diiktiraf sebagai optik terbesar di dunia oleh Guinness Book of World Records.

Kamera itu akan diletakkan pada Teleskop Tinjau Simonyi di Balai Cerap Vera C. Rubin di Chile, yang ditugaskan untuk meninjau langit waktu malam selama sedekad dengan matlamat menyediakan sekumpulan data yang akan dikaji oleh saintis, bagi memahami beberapa misteri terbesar alam semesta, termasuk sifat tenaga gelap dan jirim gelap.

Kamera Terbesar Di Dunia Dengan Sensor 3,200 Megapiksel Hampir Siap

Buat masa ini, kamera besar itu terletak di selatan San Francisco di mana ia telah dalam pembinaan selama tujuh tahun yang lalu. Jika semuanya berjalan mengikut perancangan, kamera LSST akan dipindahkan ke destinasi terakhirnya pada Mei 2023.

Kamera itu juga akan melalui ujian akhir dan selepas dihantar ke destinasi terakhir dan siap pemasangan, ia dijangka akan mengambil gambar pertamanya pada tahun 2024.

Sumber: PetaPixel

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY