Leica M-E berharga dari USD3,995.
Pengeluar kamera terkenal, Leica telah mengumumkan kehadiran model terbaru bagi siri M iaitu Leica M-E (TYP 240). Ia merupakan model terbaru kamera kompak harga bajet bagi mereka yang ingin merasai kualiti gambar yang diambil menggunakan kamera Leica.
Walaupun Leica meyatakan bahawa kamera ini dijual pada harga yang mampu dan berbaloi dimiliki, Leica M-E ini dijual pada harga USD3,995.
Rekaan Leica M-E ini masih mengekalkan reka bentuk ikonik M sepertimana yang digunakan pada reka bentuk bagi semua model kompak siri M mereka yang dibaluti kulit premium serta kalis debu dan percikan air.
Manakala warna cat kelabu pada tapak dan atasnya pula digunakan khusus untuk model M-E ini.
Untuk sistemnya pula, Leica telah melengkapinya dengan M-system yang unik sepertimana yang terdapat pada model Leica yang lain.
Bagi perkakasannya pula dilengkapi dengan teknologi sensor CMOS 24 Megapiksel yang menyokong penampan (buffer) memori 2GB serta sensitiviti cahaya ISO tertinggi sehingga 6400. Jadi, anda boleh merakam deretan bingkai gambar sekaligus tanpa sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, bagi rakaman mod video pula, ia hanya mampu setakat merakam video berdefinisi penuh 1080p sahaja.
Leica M-E juga menyokong aksesori lensa M-Lense yang dijamin sangat bermutu tinggi di mana setiap satunya dipasang secara manual menggunakan tangan yang menjadi amalan Leica sejak lebih daripada 100 tahun dahulu.
https://vimeo.com/26251829
Jadi kepada para peminat tegar fotografi dan ingin merasai kehebatan kamera Leica, anda bolehlah membelinya nanti yang dijangka akan berada di pasaran pada penghujung bulan Julai tahun ini.
Untuk info lanjut sila layari laman rasmi Leica.
Berkaitan
- Insta360 Dedahkan Bagaimana Kamera Aksi Terbaru Mereka Diuji
- Kamera Aksi Terbaru Insta360 ONE RS 1-Inch 360 Edition Dengan Kejuruteraan Leica Dilancarkan
- Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera
- Selepas 84 Tahun, Olympus Akhirnya Mengundurkan Diri Dari Dunia Kamera
- Nikon Umum Beli Pengeluar Kamera Penggambaran Filem Terkemuka, RED
- OnePlus Memfokuskan 22 Penambahbaikan Terhadap Kamera Dan Kualiti Rakaman Video
- Lexar Lancar Kad Memori Baharu, Serasi Dengan Kamera Sony Alpha Dan Sony FX
- OPPO A9 2020 Menjanjikan Kamera Quad 48MP
- Skor Markah Swafoto Kamera iPhone 14 Pro Mengatasi Huawei P50 Pro - DxOMark
- Kamera Telefon Pintar Telah Menelan Populariti Kamera Digital