Kamera Dash Terbaik Yang Anda Boleh Beli Untuk Kereta Kesayangan Anda

Kamera dash pada tahun 2017 menjadi keperluan kepada pemandu kenderaan terutamanya pemandu Grab atau Uber yang berada di atas jalan selama berjam-jam.

Semasa berlakunya kemalangan, kamera dash menjadi satu alat yang dapat melindungi anda dari sebarang tuntutan insurans kemalangan dan juga penipu yang sengaja melanggar kereta anda untuk mendapatkan wang insurans.

Terdapat pelbagai jenis kamera dash di pasaran setakat ini dan perbezaanya dari segi harga dan kualiti.

Di sini dilampirkan beberapa jenis kamera dash berkualiti yang diletakkan dalam 3 kategori:

  • Mampu milik

  • Pertengahan

  • Atasan


Mampu Milik

  • YI Dash Camera




YI Camera sememangnya terkenal sebagai alternatif kepada GoPro dan kamera ini juga sekarang banyak diguanakan sebagai kamera dash.

Kamera ini boleh mengangkap video 1080p 60 fps definisi tinggi (HD).

Dengan menggunakan lensa sudut luas 165° dengan aperture f/1.8, anda boleh menangkap video dengan sudut yang sangat luas.

Ia juga dilengkapi G-Sensor untuk rakaman kecemasan dan mempunyai sambungan Wi-Fi terbina di dalam.

Kamera dengan rekaan yang kecil dan ringan ini boleh menjadi pilihan kepada pemandu di luar sana yang mahukan kamera yang boleh diharap tanpa mengeluarkan belanja yang terlalu tinggi.

Kelemahannya cuma UI yang berbahasa China dan mungkin bermasalah untuk mereka yang tidak faham bahasa tersebut.

  • Pioneer ND-DVR110




Satu pilihan lagi untuk mereka yang bajetnya rendah ialah Pioneer ND-DVR110.

Boleh menangkap video 1080p dengan HD dan disertakan sekali skrin 2.7 inci LCD di belakangnya.

Ia boleh menangkap video semasa kereta mula berjalan dan berhenti semasa kereta tidak bergerak bagi menjimatkan ruang memori.

Kamera ini juga menampilkan fungsi pelanggaran dimana video akan dkunci pada 10 saat sebelum bermula pelanggaran dan 20 saat selepas pelanggaran seterusnya menyimpannya di fail yang khusus.

Pilihan yang baik dari jenama yang diketahui ramai dengan harga jualan yang tidak terlalu tinggi dan masih mampu milik.

Pertengahan

  • Transcend DrivePro 220




Bagi kelas pertengahan pula, Transcend menawarkan kamera mereka untuk mereka yang mahukan kualiti kamera yang bagus serta boleh diharapkan.

Kamera ini menggunakan sambungan Wi-Fi yang membolehkan pengguna melihat, memuat turun dan berkongsi video mereka.

Kamera ini juga mempunyai G-Sensor yang membolehkan rakaman kecemasan apabila ia mengesan pelanggaran.

Video tersebut akan diletakkan di fail yang dikunci dan khusus.

DrivePro 220 juga dapat memberi amaran semasa anda menukar laluan semasa memandu serta amaran pelanggaran hadapan.

  • DDPAI M6+




Kamera comel ini jangan disangka tidak berkuasa.

Ia mampu menangkap video 1440p HD dan boleh menangkap video berdurasi 10 saat apabila diminta.

Dengan fungsi lain seperti Wi-Fi dan juga pengesan GPS, ia boleh menjadi pilihan kepada mereka yang mahukan kamera kecil namun mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Ia melekat dengan menggunakan magnet dan tidak mudah terkeluar sekirannya kenderaan mengalami pelanggaran.

Atasan

  • BlackVue DR650S-2CH




Bagi kategori atasan pula sudah semestinnya harga jualan mejangkau RM 1,000 tetapi kualiti dan fungsi yang tiada bandingan.

BlackVue DR650S-2CH ini merupakan kamera dari Korea Selatan dan dibina dengan kukuh.

Kamera ini menangkap video 1080p HD untuk kamera hadapan dan 720p 30 fps untuk kamera belakang.

Ini membolehkan anda menangkap video orang di belakang anda.

Apa yang membuatkannya berbeza dari kamera lain ialah fungsi cloud.

Fungsi ini membolehkan anda mengakases kamera anda di mana anda berada secara langsung di telefon pintar anda.

Anda boleh juga menyimpan rakaman dan berinteraksi dengan pemandu kereta langsung melalui telefon pintar anda.

  • Thinkware F770




Thinkware ini ialah pembuat kamera dash yang terkenal dan boleh dikatakan mereka tahu apa yang mereka buat.

Kamera ini juga merupakan kamera paling mahal di dalam senarai ini.

Kamera ini menampilkan rakaman hadapan dan belakang sekaligus.

Kecerahan semasa rakaman juga berubah secara automatik bagi menyesuaikan keadaan seperti rakaman pada waktu malam.

F770 juga menampilkan dua memori yang berbeza iaitu microSD dan NAND flash.

Tidak perlu gusar jika rakaman di dalam kad microSD rosak kerana anda masih boleh mengambil rekod video dari peranti itu sendiri.

Kamera mahal ini juga dilengkapi sistem keselamatan jalanraya termasuk amaran pelanggaran hadapan dan GPS bagi menentukan kelajuaan dan lokasi kenderaan itu.

Sumber