Pembantu suara Facebook Messenger ini digelarkan 'M'. M menampilkan fungsi yang sama dibawa oleh Siri atau Google Assistant untuk membantu pengguna dalam menggunakan aplikasi serba boleh itu.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=FmvCxtTr5zA[/embed]
M akan memberikan pengguna cadangan ciri yang boleh digunakan untuk pengguna menyelesaikan sesuatu tugas- susah sangat ke guna Facebook Messenger tu? Antara kebolehan yang dimiliki oleh bot M ini adalah seperti menghantar stiker kegemaran dengan hanya menyebut 'thank you' atau 'bye'.
M juga boleh mengecam dan mengenalpasti perbualan yang berkaitan perpindahan wang dengan memberikan pilihan akaun bank yang dipautkan bersama peranti pengguna. M turut diberikan tugas untuk memudahkan pengguna membuat keputusan dengan ciri undian (poll) untuk group conversation.
Merancang jadual seperti jadual 'dating', tengok wayang kat mana, makan kat mana etc, malah pengguna boleh tempah Uber atau Grab tanpa perlu buka aplikasi tersebut, biar M je yang setelkan termasuklah perkongsian lokasi bersama rakan di Facebook.
Banyak lagi fungsi yang dibawakan dengan pembantu suara M ini bersama penambahan tab supaya memudahkan pengguna mengekses aplikasi luar tanpa perlu meninggalkan Messenger. Ketika ini kemaskini baru M ini ditawarkan di platform iOS dan Android, tetapi setakat ini hanya di US dan ianya akan mula disebarkan ke negara lain dalam masa terdekat.
Sumber
Berkaitan
- Kemaskini Pokemon Go Baru Datang Bersama Sistem Buddy
- "Industri Semikonduktor China Perlu Dipertingkatkan Dengan Segera" - Pengerusi Tencent
- Honor Play Fon Gaming Dengan GPU Turbo
- Huawei Carnival 2018 : Huawei Catat Peningkatan Jualan Hujung Minggu Sehingga 93 Peratus
- OnePlus 7 Pro Bakal Didatangkan Dengan Paparan Menakjubkan
- Samsung Sahkan Tarikh Rasmi Pelancaran Note 8
- Xiaomi Umum Kehadiran Model Mi 8 Pro & Mi 8 Lite Bagi Pasaran Tempatan
- Leica Melancarkan Kamera Edisi Khas Leica M-P Titanium
- (Festival 11.11) Dapatkan Model Kelas Permulaan Terbaik Huawei Pada Harga Kurang Dari RM 700
- Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini