Tahun 2022 ini dapat kita jangkakan lebih banyak peranti boleh lipat akan mula menjengah pasaran selepas ia mula dikomersialkan beberapa tahun lepas melalui penawaran dari pengeluar seperi Samsung, Huawei dan lain-lain.
Apple, terkenal dengan sikapnya yang hanya mengeluarkan ciri selepas ia matang sepenuhnya juga tidak terlepas daripada ura-ura berkaitan dengan telefon lipat. Sebelum ini kami telah kongsikan berkenaan kemungkinan reka bentuk iPhone boleh lipat berserta haganya yang dijangka.
Kali ini, sebuah firma iaitu ADR Studio turut mengeluarkan konsep rekaan mereka sendiri untuk iPhone boleh lipat yang diberi nama iPhone Air. Menariknya tentang rekaan konsep tersebut, ia hadir dengan skrin kedua seperti Z Flip 3 dan P50 Pocket.
Selain disertakan 3 kamera, bingkai pada engsel atau hinge ini dilihat juga menyerupai Z Flip 3 dan P50 Pocket. Mungkin ia akan menjadi templat untuk semua telefon boleh lipat bagi memberi perlindungan pada tubuh telefon.
Seperti Huawei P50 Pocket, ia tidak mempunyai lompong ketika dilipat.
Logo Apple pada bahagian bawah juga tampak terlalu besar dan tidak serasi. Tulisan “iPhone” juga telah ‘dibuang’ sejak siri iPhone 11.
Ia juga tidak lagi hadir dengan takuk sebaliknya skrin berlubang, menempatkan kamera swafoto dan sensor lain. Ini selari dengan khabar angin mengatakan iPhone siri akan datang akan membawakan rekaan skrin sebegini,
Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo pula berpendapat model ini hanya akan dikeluarkan paling awal pada 2023 jika Apple dapat menyelesaikan isu berkaitan teknologi ini dan mungkin akan dijual sekitar USD1500 (~RM6,300) atau lebih tinggi lagi.
Sumber: ADR Studio
Baca juga:
- Dua Prototaip iPhone Boleh Lipat Dilapor Telah Melepasi Ujian Ketahanan
- Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300
- 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone
- Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar