Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone fold

Apple Sedang Uji iPhone Boleh Lipat, Mungkin Dilancar Tahun Depan Dengan Ramalan Harga ~RM6300

Diterbitkan Januari 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Arena peranti boleh lipat kini semakin meriah selepas penampilan siri Samsung Galaxy Z Flip dan Fold. Hampir kesemua pengeluar telefon pintar dari China juga sudah melancarkan telefon boleh lipat masing-masing dan yang terbaru, Huawei P50 Pocket.

Tidak mahu ketinggalan, Apple juga telah mula mengintai segmen ini dan membangunkan beberapa buah prototaip iPhone boleh lipat, lapor @dylandkt. Bagaimanapun, iPhone boleh lipat ini tidaklah akan dikomersilkan dalam masa terdekat kerana Apple masih ragu-ragu dengan teknologi ini.

https://twitter.com/dylandkt/status/1479157525190778881?s=20

Selain memastikan teknologi ini lebih matang, Apple juga mahu melihat sejauh mana pasaran peranti boleh lipat ini boleh bertahan kerana beberapa peranti yang hangat dicanang-canang sebelum ini sudah tidak lagi berada di pasaran sekarang.

Mereka juga tidak mahu iPhone akan mundur ke belakang dari segi teknologi jika konsep ini digunakan padanya. Seperti kewujudan takuk dan rekaan skrin penuh, mereka ingin memastikan apa-apa bentuk ciri atau teknologi baru yang digunakan pada iPhone adalah futuristik dan relevan, bukan sekadar hanya mengikut trend.

Penganalisis terkenal, Ming-Chi Kuo pula berpendapat model ini hanya akan dikeluarkan seawal 2023 jika Apple dapat menyelesaikan isu berkaitan teknologi ini dan mungkin akan dijual sekitar USD1500 (~RM6,300) atau lebih tinggi lagi.

Foto utama dan sumber: Apple Insider

Baca juga:

  • Pertama Kali Di Malaysia, Apple Beri Airpods Percuma Bila Beli Mac/iPad
  • Apple Tekankan Aplikasi ‘Sideload’ Berbahaya Dan Tak Akan Tunduk Pada Kesatuan Eropah (EU)
  • 5 Aksesori Berkualiti Bawah RM50 Untuk Pengguna iPhone

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY