Antara punca masalah tersebut ialah Qualcomm menuduh Apple telah melanggar hak kepada tiga paten mereka pada peranti yang dibangunkan.
Dua daripadanya adalah melibatkan model iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X manakala satu lagi paten melibatkan iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X.
Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan baru baru ini Mahkamah California membuat keputusan bahawa Apple telah didapati bersalah dalam kes ini.
Hal ini telah mengakibat syarikat pengeluar iPhone itu perlu membayar sejumlah $31 juta(~RM127 juta) kepada Qualcomm.
Ia satu jumlah yang besar namun bagi sebuah syarikat yang mencatatkan jualah lebih $265 bilion(~RM1.08 bilion) pada tahun lalu, Apple tidak mempunyai masalah untuk membayarnya.
Namun Qualcomm tetap berpuas hati dengan keputusan ini di mana ia menunjukkan bahawa teknologi mereka adalah bernilai dan tidak boleh digunakan atau diubahsuai sesuka hati.
Tambahan pula, kes ini hanyalah salah satu daripada beberapa tuntutan yang dibuat Qualcomm kepada Apple.
Satu lagi kes dijangka akan diperdengarkan di mahkamah pada bulan hadapan, di mana ia dikatakan melibat nilai tuntutan sehingga berbilion dollar.
Sumber: Android Authority
Berkaitan
- Skrin Sentuh iPhone 6 Gagal Berfungsi? Anda Tidak Keseorangan
- Snapdragon 660 Dihasilkan Untuk Menampung Permintaan Snapdragon 835 Yang Tidak Mencukupi
- Kos Pembikinan iPhone XS Max 2 Kali Lebih Murah Berbanding Harga Jualan
- Qualcomm Didakwa Bakal Lancarkan Snapdragon 8150 Pada 4 Disember Ini
- iOS 11 Bakal Membenarkan Panggilan Video FaceTime Secara Berkumpulan
- Kenapa Apple Mac Tak Ada Stiker "Intel Inside"?
- Markah Penanda Aras Antutu Bagi Snapdragon 855 Diperolehi, Jauh Tinggalkan Kirin 980
- Huawei Hukum Pekerja Selepas Membuat Kiriman Twitter Menggunakan iPhone
- iPhone Meletup Gara-Gara Tukar Bateri Di Danau Kota
- Jam Pintar Titan Juxt Pro Saingan Hebat Apple Watch