Dikatakan Sebagai "Game Changer", Sony Xperia Baharu Akan Dilancar Minggu Depan

Siapa sahaja yang tidak mengenali akan nama 'Xperia'. Ia cukup sinonim dalam kalangan pengguna satu masa dahulu.

Namun, peranti tersebut tidak lagi menjadi pilihan pengguna sekarang, mungkin atas faktor harganya. Pun begitu, ia tidak menjadi penghalang bagi Sony dalam menawarkan siri baharu.

Buat makluman, Sony sedia menjadualkan acara pada minggu hadapan, iaitu 26 Oktober di mana mereka bakal memperkenalkan sebuah lagi telefon pintar Xperia.

https://twitter.com/sonyxperia/status/1450387659654840321?s=21

Menerusi video yang dikongsikan semalam, beberapa pencipta kandungan dilihat memuji telefon pintar Xperia yang digunakan mereka. Bukan itu sahaja, terdapat juga di antara mereka yang nampaknya memberi gambaran terhadap peranti Xperia baharu yang akan dilancarkan nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=fazQfqZPUHA&t=45s

Bagaimanapun, peranti ini masih lagi misteri dan belum diketahui tentang rupa serta spesifikasinya tetapi video yang telah dikongsikan itu sudah cukup memberikan asasnya bahawa Sony memfokuskan kemampuan kamera dalam telefon pintar.

Apa-apa pun, mungkinkah Sony bakal membuat "kejutan" seperti awal tahun ini di mana Xperia Pro dijual pada tanda harga melebihi RM10,000?

Sumber: sony xperia

Baca juga: