Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia

Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia

Diterbitkan Jun 14, 2019 · Dikemas kini Jun 17, 2019 oleh ariff bukhari

Pengguna di Perlis pula didapati lebih ramai menggunakan platfom e-dagang berbanding pengguna di negeri Kelantan dan Perak. 

Laporan kajian Pengguna e-Dagang 2018 (ECS 2018) telah pun dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada awal Jun lalu.

Hasil dapatan kajian tersebut menunjukkan sebanyak 51.2 peratus penduduk di negara ini telah menggunakan platform e-dagang untuk mereka membeli-belah dan juga  menjual secara atas talian dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia
Statistik peratusan pengguna e-dagang di Malaysia. Kredit: SKMM

Peratusan tersebut sekaligus meletakkan Malaysia sebagai negara kedua di rantau ini (selepas Singapura) sebagai pengguna paling ramai yang menggunakan platfom e-dagang.

Jika dilihat pada pecahan pengguna e-dagang mengikut negeri-negeri di Malaysia pula, didapati kawasan penduduk yang merekodkan kadar pengguna e-dagang tertinggi di dalam negara adalah di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu sebanyak 70.5 peratus. Diikuti oleh Wilayah Persekutuan Labuan sebanyak 60.5 peratus dan Perlis sebanyak 44.5 peratus.

Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia
Pecahan pengguna e-dagang mengikut negeri-negeri di Malaysia. Kredit: SKMM

Selain daripada itu, kajian itu juga mendapati golongan wanita lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti e-dagang iaitu pada kadar 53.9 peratus. Sementara Ielaki pula hanyalah sekadar 48.8 peratus sahaja.

Namun begitu statistik menunjukkan, purata perbelanjaan aktiviti e-dagang oleh kaum lelaki bagi sepanjang tempoh 12 bulan lepas adalah lebih tinggi dari wanita iaitu sebanyak RM690, berbanding wanita hanya sebanyak RM450 sahaja.

Perbelanjaan atas talian oleh lelaki lebih tinggi berbanding wanita adalah kerana lelaki lebih tertumpu kepada membeli barangan perkakasan yang lebih mahal seperti perkakasan komputer dan barangan automotif. Manakala wanita pula lebih cenderung membeli barangan hiasan seperti pakaian, barangan kosmetik, barangan kanak-kanak dan lain-lain.

Kajian Menunjukkan Pengguna Di Wilayah Persekutuan Putrajaya Adalah Yang Paling Ramai Menggunakan Platfom e-Dagang Di Malaysia
Jenis-jenis barangan atau perkhidmatan yang dibeli mengikut jantina di Malaysia. Kredit: SKMM

Anda boleh mendapatkan laporan penuh Kaji Selidik Pengguna e-Dagang 2018 yang dijalankan oleh pihak SKMM ini di laman rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Dalam laporan tersebut mengandungi lebih banyak fakta-fakta menarik yang turut disertakan bersama laporan yang terperinci. Antara dapatan menarik dalam laporan tersebut adalah seperti sebab e-dagang dipilih sebagai platfom membeli-belah, daya tarikan utama e-dagang, kategori produk yang gemar dibeli oleh pengguna secara atas talian, hari yang biasa pengguna membeli belah di atas talian dan banyak lagi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY