Kajian Mendapati 92% Pengguna iPhone Tidak Akan Beralih Ke Android

Mengikut kajian yang dijalankan oleh syarikat analisis terkenal Morgan Stanley, 92% daripada pengguna iPhone ketika ini didakwa memasang niat untuk upgrade ke iPhone 8, hanya 8% mahu bertukar ke Android.

Kajian Morgan Stanley telah diambil oleh StreetInsider yang mendedahkan bahawa kadar pengekalan 92% Apple adalah lebih tinggi daripada Samsung 77% atau LG 59%. Ia lebih tinggi daripada Motorola 56% atau Nokia 42%. Kadar pengekalan juga memperlihatkan peningkatan iaitu pada 86% pada tahun lepas.

Tahun ini Apple bakal memperkenalkan tiga model baru iPhone 7s, iPhone 7s Plus dan iPhone 8. Mengikut laporan Apple akan mengetengahkan ciri paparan OLED dan kamera pengesan 3D yang membenarkan fungsi pengecaman wajah.

Apple dilaporkan juga merancang untuk mengintegrasikan sensor cap jari di bahagian bawah paparan, tetapi laporan lain memberitahu bahawa teknologi itu tidak bersedia untuk pengeluaran besar-besaran dan ID Touch akan dipaparkan di panel belakang telefon. Dwi kamera di bahagian belakang pula dibina secara menegak.

Walaupun rekaan iPhone tidak berevolusi sejak iPhone 6 dan sering dikritik hebat oleh pengguna Android, pengguna masih setia bersama iPhone. Satu khabar angin sebelum ini menunjukkan gambar tertiris yang didakwa merupakan prototaip iPhone 8.

Jika dilihat dengan teliti, korang tak rasa mirip Galaxy S8 ke? No komen.

iphone8-lg-sam

26bbe1f02cdc9e0ccaf1ef61430bb1a6b58edbfd-tc-img-preview

bgr-iphone-8-mockup-1

091e18bb36029642c0e0e5a276bbabd227dc73b3-tc-img-preview e46c29db13f9c2c9301d467ac3d12771e220983e-tc-img-preview

Sumber

Sumber