Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu

Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu

Diterbitkan November 3, 2018 ยท Dikemas kini November 3, 2018 oleh Haikel Areff

Perbadanan Data Antarabangsa(IDC) telah pun mengeluarkan laporan mengenai penguasaan pasaran suku ketiga 2018 bagi industri telefon pintar global baru-baru ini. Penyenaraian itu dikeluarkan selepas para pengeluar mengumumkan laporan jualan suku ketiga masing-masing pada minggu lepas.

Menurut penyenaraian tersebut, Samsung masih kekal mendahului pencabar lain selepas menguasai 20.3% daripada keseluruhan pasaran. Mereka telah mencatatkan penghantaran sehingga 72.2 juta unit.

Senarai Penguasaan Pasaran IDC Suku Ketiga 2018 Dikeluarkan, Samsung Kekal Nombor Satu
Kredit: IDC

Huawei juga masih mengekalkan kedudukan tempat kedua namun jurang di antara mereka dan Apple dilihat semakin mengecil berbanding suku yang lalu. Huawei dan Apple masing-masing menguasai 14.6% dan 13.2% daripada saiz keseluruhan pasaran global.

Melengkapi senarai lima syarikat pengeluar utama adalah Xiaomi(9.7%) dan OPPO(8.4%). Secara keseluruhan, kadar pengeluaran telefon pintar menyusut sebanyak 6% berbanding suku tempoh yang sama tahun lalu.

 

Sumber: Forbes

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
©2026 WISER.MY