Kajian: Empat Personaliti Pembelian Ini Ditemui Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Kajian terbaharu daripada Wise, iaitu syarikat teknologi bagi pemindahan wang secara global, menyatakan terdapat empat personaliti pembelian dalam kalangan rakyat Malaysia.

Melalui kajian itu, ia mendedahkan bahawa hampir separuh daripada responden yang terdiri daripada rakyat Malaysia, gemar membeli-belah dengan peratusan sebanyak 49%. Antara lainnya adalah bijak berbelanja dengan 38%, personaliti dengan bijak mengesan bayaran tersembunyi 12% dan akhir sekali diikuti oleh pembeli yang mementingkan kualiti dan nilai dengan hanya 1%.

Dalam pada itu, Wise juga menjalankan kempen Don't Kena Con di mana ia memperlihatkan rakyat Malaysia masih perlu memahami mengenai cas tersembunyi dan kenaikan harga apabila membeli-belah.

Secara faktanya, 37% daripada tinjauan menujukkan responden yang membeli-belah dalam talian dan berbelanja di luar negara menyatakan bahawa mereka tidak tahu cas bayaran dan kadar tukaran mata wang sehingga transaksi selesai. Walau bagaimanapun, rakyat Malaysia mempamerkan pemahaman yang tinggi mengenai tukaran mata wang, dengan 60% melaporkan mereka tahu apa itu kadar pasaran pertengahan.

Di sisi yang lainnya, berikut merupakan perincian mengenai keempat-empat personaliti yang ditemui dalam kalangan rakyat Malaysia:

Shopping Pros


Membeli-belah sentiasa menjadi antara tujuan utama jika melancong ke luar negara. Personaliti jenis ini lebih pantas melihat pembelian terbaik dan mendapatkannya. Merupakan seorang yang arif mengenai jualan paling laris dan jenis kad mana yang patut digunakan.

Boleh dikatakan, personaliti ini mempunyai penanda halaman (bookmarks) bagi semua laman web beli-belah kegemaran.

Financial Controller


Seperti namanya, personaliti ini lebih bijak dalam menguruskan pembelian. Anda sentiasa memastikan bil dibayar tepat pada masanya. Selain itu, anda sentiasa mencari peralatan dan perkhidmatan kewangan yang menawarkan kemudahan dan kecekapan di samping mengurangkan kos.

Aunty Power


Kelebihan pada personaliti ini adalah dapat mengesan agenda atau bayaran tersembunyi. Jika penawaran itu kedengaran seperti too good to be true, anda pasti menyemaknya terlebih dahulu sehingga berpuas hati.

Personaliti ini boleh membaca agenda seperti jualan RM3.99, di mana ia sepatutnya diletakkan RM4.00 sahaja.
Sudah tentu, pembeli dengan personaliti sebegini akan membaca terma dan syarat terlebih dahulu dan bertanya seberapa banyak soalan yang mungkin, sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Kopitiam Uncle


Personaliti ini lebih memilih kualiti berbanding Insta-worthy. Berbanding membeli kopi berjenama, anda lebih suka menghirup kopi O biasa.

Dalam erti kata lain, anda hanya mahukan kebenaran yang mudah dan jujur. Sebagai contoh, apakah yang ditawarkan kepada anda dan berapa banyak yang perlu dibayar? Moto hidup anda adalah kurangkan perkara yang tidak perlu dan lebihkan nilai.

Daripada empat personaliti yang disenaraikan, yang mana satu lebih sesuai dengan personaliti pembelian anda? Tinggalkan komen di bawah jika ingin berkongsi mengenainya.

Sumber: Siaran Akhbar Wise

Berkaitan