Jangkaan ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh University of Oxford, dimana kadar kematian pengguna Facebook semakin meningkat. Pada 2012, iaitu kira-kira 8 tahun selepas Facebook dilancarkan, sejumlah 30 juta pengguna telah meninggal dunia.
Gergasi media sosial itu kini memiliki lebih dari 2 bilion pengguna dari seluruh dunia dan anggaran dibuat, seramai 8000 pengguna meninggal setiap hari.
Berdasarkan statistik pengguna Facebook pada 2018, penyelidik meramalkan jumlah pengguna yang akan meninggal dunia mencapai sekurang-kurangnya 1.4 bilion dan mungkin mencecah angka 4.9 bilion menjelang akhir abad ini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, penambahan pengguna di Facebook dikatakan agak perlahan. Kaji selidik yang diketuai oleh Carl Ohman itu lebih meneliti kepada isu hak pemilikan terhadap data dan warisan digital pengguna yang telah meninggal dunia.
David Watson, seorang lagi penyelidik yang terlibat menyatakan bahawa Facebook harus mengurus dan memastikan data digital tersebut bukan hanya digunakan untuk kepentingan iklan semata-mata, tetapi turut digunakan untuk memahami sejarah kehidupan pengguna di masa lampau.
Sumber: SkyNews
Berkaitan
- Facebook Bangunkan Ciri FaceID Untuk Aplikasi Messenger
- Facebook Uji Butang "Downvote" Untuk Tandakan Komen Buruk
- Facebook Dilapor Mahu Keluarkan Speaker Pintar
- Facebook Lancarkan Aplikasi fb.gg, Pesaing Kepada Twitch
- Ciri Jemputan Permainan Di Facebook Akan Ditamatkan
- Facebook Diserang Pepijat, Tarik Balik Sekatan Keatas Akaun Yang Disekat
- Sayang Akaun Facebook Anda? Ikuti Langkah Berikut Untuk 'Backup' Data Dari Akaun Facebook
- Facebook Uji Fungsi Tarik Balik Mesej Pada Messenger
- Adakah Anda Perasan Facebook Menggunakan Font Baru?
- Facebook Uji Ciri Baru - News Feed Dibahagi Kepada Dua Bahagian, Perkongsian Rakan Atau Pages