Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-04-30 at 9.08.45 PM

Kajian: Dalam Masa 50 Tahun Lagi, Pengguna Facebook Yang Meninggal Dunia Akan Lebih Tinggi Berbanding Yang Masih Hidup

Diterbitkan April 30, 2019 · Dikemas kini Mei 1, 2019 oleh Helmi Samsuri

Dalam masa 50 tahun akan datang, telah diramalkan jumlah pengguna Facebook yang sudah meninggal akan lebih tinggi berbanding pengguna yang masih hidup.

Jangkaan ini adalah berdasarkan kajian yang dibuat oleh University of Oxford, dimana kadar kematian pengguna Facebook semakin meningkat. Pada 2012, iaitu kira-kira 8 tahun selepas Facebook dilancarkan, sejumlah 30 juta pengguna telah meninggal dunia.

Gergasi media sosial itu kini memiliki lebih dari 2 bilion pengguna dari seluruh dunia dan anggaran dibuat, seramai 8000 pengguna meninggal setiap hari.

Berdasarkan statistik pengguna Facebook pada 2018, penyelidik meramalkan jumlah pengguna yang akan meninggal dunia mencapai sekurang-kurangnya 1.4 bilion dan mungkin mencecah angka 4.9 bilion menjelang akhir abad ini.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini juga, penambahan pengguna di Facebook dikatakan agak perlahan. Kaji selidik yang diketuai oleh Carl Ohman itu lebih meneliti kepada  isu hak pemilikan terhadap data dan warisan digital pengguna yang telah meninggal dunia.

David Watson, seorang lagi penyelidik yang terlibat menyatakan bahawa Facebook harus mengurus dan memastikan data digital tersebut bukan hanya digunakan untuk kepentingan iklan semata-mata, tetapi turut digunakan untuk memahami sejarah kehidupan pengguna di masa lampau.

Sumber: SkyNews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY