Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi 11 Untuk Pasaran Malaysia Diumumkan

Jualan Xiaomi Mi 11 Kini Ditunda Ke Tarikh Baru

Diterbitkan Mac 11, 2021 · Dikemas kini Mac 11, 2021 oleh Amalina Athman

Pada 25 Februari lepas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pelancaran Mi 11 untuk pasaran tempatan. Pada hari yang sama juga, Xiaomi telah membuka pra tempahan Mi 11 sehingga 10 Mac 2021. Sementara itu, jualan rasmi pula akan bermula pada 13 Mac 2021.

Terbaru, Xiaomi Malaysia mengumumkan tarikh jualan Mi 11 kini ditunda ke 20 Mac 2021. Pengguna yang sudah membuat pra tempahan juga hanya akan menerima peranti ini pada 20 Mac nanti.

jualan Mi 11 ditunda

Untuk jualan pertama pada 20 Mac ini, sebanyak 3500 unit Mi True Wireless Earphone 2 Basic akan diberikan secara percuma kepada pelanggan terawal. Selain itu, 100 pelanggan pertama juga berpeluang untuk mendapatkan AIoT Premium Pack yang bernilai RM1356 secara percuma.

Jualan Mi 11 akan tersedia melalui pautan ini pada 20 Mac 2021. Untuk lebih lanjut, layari halaman Facebook Xiaomi Malaysia.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY