Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jualan Merudum, Apple Dilapor Kurangkan Penghasilan M2

Jualan Merudum, Apple Dilapor Kurangkan Penghasilan M2

Diterbitkan April 5, 2023 ยท Dikemas kini April 6, 2023 oleh Firdaus

Menurut sumber, Apple memberhentikan penghasilan siri cip M2 mereka pada awal 2023 ini. Hal ini demikian kerana penurunan dalam permintaan peranti MacBook mereka.

apple tsmc_2

Untuk pengetahuan anda, siri cip M2 digunakan untuk MacBook Pro, Mac Mini dan MacBook Air yang baharu.

Kebiasaannya, TSMC akan memuktamadkan proses penghasilan cip Apple itu di kilang Amkor Technology, Korea untuk kerja pembungkusan.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penghantaran produk ke Korea pada bulan Januari dan Februari lepas. Ini memaksa syarikat Korea itu untuk memberhentikan kerja-kerja pembungkusan.

Berkaitan

  • OnePlus Nord CE 3 Lite Rasmi, Akan Dijual Pada Harga RM1099
  • Fon Telinga OnePlus Nord Buds 2 Diumumkan, Berharga RM329
  • Ura-Ura: iOS 17 Mungkin Tidak Lagi Menyokong Senarai iPhone Ini
  • Netflix Malaysia Makin Rancak Dengan Siri Anime 'One Piece'
  • Saintis Hasilkan Bateri Mampu Simpan 4 Kali Lebih Banyak Tenaga Berbanding Litium-ion

Oleh itu, banyak sumber mempercayai Apple meminta TSMC untuk memberhentikan penghasilan siri cip M2 kerana kekurangan permintaan.

Walaupun Apple telah menyambung semula penghasilan cip itu pada Mac lepas, tetapi ia adalah dalam kuantiti yang jauh lebih rendah dari sebelumnya.

Sumber: Macrumors

Gambar utama: Macrumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY