Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Saintis Hasilkan Bateri Mampu Simpan 4 Kali Lebih Banyak Tenaga Berbanding Litium-ion

Saintis Hasilkan Bateri Mampu Simpan 4 Kali Lebih Banyak Tenaga Berbanding Litium-ion

Diterbitkan April 5, 2023 · Dikemas kini April 5, 2023 oleh ariff bukhari

Usaha dalam menghasilkan bateri yang lebih baik diteruskan dengan penghasilan bateri yang dikenali sebagai lithium-air.

Usaha itu dibuat oleh penyelidik di Institut Teknologi Illinois (IIT) dan Makmal Kebangsaan Argonne Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (DOE) di mana mereka telah membangunkan bateri litium-air yang berpotensi meningkatkan ketumpatan tenaga sebanyak empat kali ganda berbanding bateri litium-ion.

16x9Li-air cell
Skematik menunjukkan sel bateri litium-air yang terdiri daripada anod litium logam, katod berasaskan udara, dan elektrolit polimer seramik pepejal (CPE). Semasa pelepasan dan caj, ion litium (Li+) pergi dari anod ke katod, kemudian kembali.

Komponen baru utama yang digunakan dalam bateri litium-air ini adalah terdiri daripada elektrolit pepejal dan bukannya pelbagai cecair biasa.

Bateri dengan elektrolit pepejal didapati lebih selamat berbanding elektrolit cecair yang digunakan dalam litium-ion dan jenis bateri lain yang boleh menjadi terlalu panas dan terbakar.

Penyelidik itu berkata, reka bentuk bateri baharu pasukan itu hukan sahaja akan memberikan lebih jauh jarak perjalan kepada kenderaan elektrik,tetapi  juga boleh menggerakkan kapal terbang domestik suatu hari nanti.

Berkaitan

  • Motosikal Terbang Pertama Di Dunia Kini Dijual, Deposit Serendah RM24 Ribu Sahaja
  • Akhirnya Basikal Tanpa Rantai Menjadi Realiti
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda

Sumber: Argonne National Laboratory

Imej utama: Sekadar hiasan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY